Khamis, Februari 15, 2024

Buat Kerongsang Resin untuk Free Market

Assalamualaikum. Selamat Hari Khamis. Sekejap betul masa berlalu sekarang ini. Tahu-tahu, dah nak dekat hujung minggu semula.

Hari ini saya hendak cerita tentang kerongsang mini yang saya buat untuk acara free market sebuah sekolah hujung tahun lepas. Adik ipar saya dan keluarganya antara yang terlibat dengan aktiviti ini. Jadi, saya pun ‘sibuk’ sama menyelit nak sediakan sesuatu untuk meriahkan suasana. 😂

Puas juga fikir mahu beri apa. Pelajar-pelajarnya semua perempuan. Fikir punya fikir punya fikir… saya putuskan untuk buat kerongsang resin. Kerongsang mini atau yang biasa orang panggil baby brooch tu.


Kerongsang DIY saya 😊

Comel tak? Saya memang pilih resin bunga yang kecil-kecil. Sweet je.

Cara Buat Kerongsang DIY

Tidak banyak pun bahan yang diperlukan untuk buat kerongsang mini seperti ini. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Resin. Saya beli resin-resin bersaiz antara 1.3 cm - 1.8 cm.
  • Bar pin (pin kerongsang) - Saiz 1.5 cm
  • Gam kraf. Antara gam yang sesuai dan biasa saya gunakan untuk buat kerongsang ialah E6000, F6000 dan E8000.
Jom buat kerongsang!

Caranya mudah sahaja. Pastikan bahagian belakang resin bersih daripada sebarang kotoran seperti debu. Letakkan sedikit gam dan biar dalam lebih kurang 10-15 saat. Saya suka buat begini supaya tekstur gam jadi mengental sedikit. 

Setelah itu, barulah saya letakkan pin kerongsang. Pastikan kedudukan pin terletak cantik. Setelah berpuas hati, biarkan sehingga gam betul-betul kering.

Siap!

Setelah siap, kita bungkus. Pada mulanya saya fikir hendak beli sahaja kotak yang biasa orang guna untuk display kerongsang. Nanti mereka pilih dan ambillah yang mana berkenan di hati. 

Tetapi, macam tak praktikal pula untuk budak-budak tu. Kena juga sediakan plastik. Bimbang nanti tercicir sana-sini pula kerongsang yang diambil tu.

Bungkus time!


Bahan-bahan untuk packaging - sealable plastics, kertas kraf yang dipotong dan pelekat bulat ‘Gift Just For You’. 


Setiap pek letak tiga kerongsang.

Kerongsang-kerongsang yang siap dibungkus.

Seronok juga buat kerongsang resin ni. Sekarang, apabila ada kelapangan, saya akan buat kerongsang resin buat tambah-tambah barang jualan di pop-up market yang saya sertai.

Kerongsang-kerongsang tu saya siap letak brooch stopper sekali supaya apabila dipakai, kain tudung atau baju tidak mudah tercarik disebabkan bahagian pinnya.

Alhamdulillah, the girls love these tiny packs. Yang bertudung, nampak je pek kerongsang ni terus grab laju-laju. Benda selalu ghaib kena sentiasa ada stok! 

Yang tak bertudung pun ambil sama. Menurut adik ipar saya, ada yang terus gayakan dengan baju yang dipakai. Ada juga yang jadikan aksesori hias beg dan bekas pensel.

11 ulasan:

  1. dulu2 buat jugak nie...utk diri sendri...tp, skang x nampak bayang dah..hahaha

    BalasPadam
  2. kalau guna glue gun pin tu akan cpt tercabut kan esp bla guna terlalu kerap?

    BalasPadam
  3. resin tu dia jual mcm mn? ikut timbangan atau seketul seketul?

    BalasPadam
  4. Kira kerja amal juga ni.. 👍🏼

    BalasPadam
  5. Nanti mesti cepat je habis ni. 😁

    BalasPadam
  6. saya suka brooch resin ni sebab bila pakai bawah dagu tak gatal dan berbekas. favourite masa zaman universiti dulu

    BalasPadam
  7. ana pun ada buat juga resin pin ni utk gift di tadika hehehe

    BalasPadam
  8. Maniiiis nya , cute sangaat pasti dipakai oleh anak2 perempuan 😍.

    BalasPadam
  9. Kita tumpang happy dengar feedback pembeli. Memang comel dan sesuai sangatlah untuk budak budak sekolah. Bagus idea letak dalam pek plastik. Label pun comel, budak budak pun tertarik nak membeli. Keep it up kak!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.