Sunshine Hokkaido Milk Bread

Ahad, Jun 02, 2024

Assalamualaikum. Salam santai Ahad! 

Hari ini, pagi-pagi lagi saya ke My News mencari roti buku untuk sarapan. Sekarang saya suka makan roti Sunshine Bakeries - Australian Oat Soft Grain Wholemeal. Di tempat saya, roti ini hanya ada dijual di My News.

Sudah jumpa roti yang diinginkan, ternampak pula adik-beradiknya - Hokkaido Milk Bread. Terus senyum sampai telinga! Roti susu! Selalu susah nak jumpa sebab asyik habis. Sewaktu roti buku ini viral suatu ketika dahulu, lagilah payah nak nampak bayangnya. Kali ini ada rezeki untuk bawa balik sebuku.

Sunshine Hokkaido Milk Bread

Dah pernah rasa roti Hokkaido Milk? Rotinya lembut dan gebu, lemak bersusu. Tidak perlu sapuan jem atau lepa kacang, makan kosong begitu sahaja pun boleh habis sekeping dua.

Kalau ingin lebih sedap, boleh cuba cara saya. Kita buat sandwic keju bakar. 

Ambil dua keping roti Hokkaido Milk, sapukan kedua-dua belah sisi roti dengan mentega. Masak kedua-dua sisi di atas kuali leper sehingga roti jadi garing sedikit. Setelah itu, satukan roti, letakkan hirisan keju potong dan taburan daun bawang di antara dua roti tersebut. 

Biarkan lagi di atas kuali leper dalam beberapa minit supaya kejunya mencair. Agak-agak keju dah cair dan tekstur roti menjadi garing-garing ikut tahap yang kalian suka, bolehlah diangkat rotinya. 

Sedap sangat!


Eh, sibuk cerita tentang Hokkaido Milk Bread, lupa pula tentang roti Australian Oat saya. Ini rotinya. Lupa nak ambil gambar tadi. Import gambar dari Sunshine Bakeries jelah.

Australian Oat Soft Grain


Lebih sedap dan lebih lembut daripada roti fibre Gardenia yang pembungkusannya berwarna hijau tu. Biasanya, saya tukar-tukar antara dua jenis roti ini untuk dimakan di rumah. 

Bagi yang hendak diet guna roti wholemeal, bolehlah pertimbangkan roti Astralian Oat Soft Grain juga.


7 ulasan

  1. Tak pernah lagi makan brand ni rasanya takde kat Lipis.

    BalasPadam
  2. Roti susu (Hokaido) ni macam butterscotch Gardenia ek rasanya?

    BalasPadam
  3. Sebab jarang singgah Mynews... maka memang tak pernah nampak dua-dua roti ni. Hokkaido tu macam best je kalau diolah jadi puding roti.

    BalasPadam
  4. sy dpt beli ms baru keluar. x semena2 jumpa kat giant. apa lg? trs sambarlah!

    BalasPadam
  5. di selatan Perak ni blm pernah nampak jenama Sunshine ni

    BalasPadam
  6. leh try ni...boring gak asyik makan roti whole meal gardenia tu je r
    tq for sharing

    BalasPadam
  7. Anak saya memang suka roti drpd nasi. Dia agak western sikit memang 😄.

    Nanti nak coba buat Roti yg Kaka tulis di atas.

    Kalo guna roti Hokkaido milk bread ini memang sedap. Lembuuut sangat

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.