Kiwi Panna Cotta untuk Permulaan Julai

Rabu, Julai 03, 2024

Assalamualaikum. Salam 3 Julai!

Moga kalian semua baik-baik sahaja. Kita sudah masuk second half of 2024. Mudah-mudahan Julai menjadi bulan yang menyenangkan, lancar dan lebih baik buat kita semua. Aamiin.


My Kiwi Panna Cotta

Panna Cotta

Alhamdulillah, memulakan hari-hari awal Julai saya dengan panna cotta berperasa kiwi. Setiap kali buka peti ais dan nampak bekas manis kecil ini, saya akan tersenyum. Simple treat yang boleh buat saya good mood sepanjang hari.

Panna cotta merupakan sejenis dessert Itali yang sedap dan berkrim. Bahan-bahan untuk buat panna cotta pun tak banyak sebenarnya - panna (krim), gula dan gelatin. Kemudian, untuk bahan tambahan, bergantung pada cita rasa. Hendak guna kiwi, strawberi, beri biru, mangga… semua boleh.  

Tekstur panna cotta lebih ringan jika hendak dibandingkan dengan creme brulee. Saya suka gabungan rasa krim yang lembut dengan sos dan buahnya yang menyegarkan. Something creamy and velvety, cair di mulut… nikmatnya!

Insya-Allah, nanti apabila datang rajin, akan saya kongsikan resepi mudah panna cotta lain kali ya.


Misi Blogwalking Tergendala

Maaf banyak-banyak. Belakangan ini, saya tidak dapat meninggalkan komen apabila berkunjung ke blog kawan-kawan. Sebenarnya, saya baru tukar gajet baharu. Jadi, tetapan telefon, laptop dan iPad saya agak huru-hara. Setiap kali mahu tinggalkan komen, sama ada saya kena log masuk berkali-kali ataupun profil saya tidak keluar langsung. Elok-elok ada semangat hendak blogwalking, terus putus angin dibuatnya.

Pernah berdepan dengan masalah ini sebelum ini. Tidak silap saya, saya kena ubah tetapan pada browser yang saya gunakan. Tetapi, sekarang ini saya dalam fasa malas hendak godek-godek. Bertahan dahulu ya kawan-kawan. Saya akan datang menjengah kalian kemudian. 


Till then, enjoy your day! Jumpa lagi nanti.



4 ulasan

  1. sedapnyaaaa ms memula mkn pannacota ni trs jatuh cinta. sedappp sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita geng! Saya pun! Mula-mula pandang enteng je, sekali rasa terus terpikat!

      Padam
  2. waahhhh pannacota sedapnyaa! kena godek-godek tetapan tu baru boleh dpt semula rentak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dik. Akak ni sekarang dalam keadaan nak baca label ingredients pun malas, so bab godek2 settings memang kena postpone dulu

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.