Salam Ramadan 1447H

Khamis, Februari 19, 2026

Assalamualaikum. 

Salam 1 Ramadan. 

Marhaban Ya Ramadan

Lama benar tidak bersiaran di blog ini. Entah ke mana saya melanglang buana, mujurlah hari ini jumpa jalan pulang. 🤣

Memang berbulan-bulan saya tiada entri baharu. Asalnya sibuk bercuti, sibuk healing… alih-alih dengan blog sekali terus bercuti! Hendak menulis ni pun, terkial-kial dibuatnya. 

Apa khabar kawan-kawan semua?
Selamat berpuasa. Selamat menunaikan ibadah Ramadan. Mudah-mudahan tahun ini, kita semua akan dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kelapangan agar dapat beribadat sebaiknya.

Kita jumpa lagi nanti. Jaga diri baik-baik.

2 ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.