Buat Spinner Card
Khamis, Ogos 23, 2018
Pertengahan bulan baru-baru ini saya buat spinner card. Saya dalam proses nak bayar hutang hadiah kepada kawan-kawan. Heheheh lama benar tertunggak sebab saya tidak ada masa nak duduk betul-betul, buat kad, pilih hadiah. Kadang-kadang dah beli hadiah, malas pergi pos. Datang pula occasion terdesak yang memerlukan saya korbankan hadiah tu beri pada orag lain. Dah kena fikir hadiah lain. Saya rasa sayalah 'si penangguh' paling teruk huhuhu. Alang-alang cuti, saya cuba selesaikan urusan tertangguh mana yang sempat.
Sudah lama tak bertapa dalam bilik kraf, luangkan masa buat kad, buat scrapbook. Jadi, kali ini saya cubalah hasilkan spinner card. Sebelum ini pernah buat swing card. Boleh baca mengenainya di sini. Spinner card yang saya buat ini jenis lipatan Z (Z-fold).

Proses awal. Kita nak hiasan berbentuk love tu berpusing-pusing apabila kad dibuka si penerima. Saya guna tali pancing yang halus dan lekatkan di bahagian belakang kad guna gam putih. Gam putih yang saya maksudkan ni jenis clear finish. Maksudnya, apabila gam ini kering, kesan gam tidak ketara kerana akan jadi jernih. So, tak comot sangatlah.