Monday yang Tidak Blues :)

Isnin, Ogos 25, 2014


Isnin datang lagi! 
Selamat menempuh minggu baru!

Kita dah masuk minggu ke-35 untuk tahun ni. Saya doakan kalian semua memulakan hari dengan ceria, mood yang baik dan bersemangat untuk masuk kerja :) Hehehe saya memang tak kerja hari Isnin. Jadi, tiada Monday Blues untuk saya. Tertunda satu hari - Tuesday Blues.

Hari ini, di samping buat kerja-kerja rutin di rumah, saya kena attend pada Si Kapok. Nampak tak tali Si Kapok dah berkarat? Bunyi bila petik pun dah lemau dan sengau. Hujung minggu tak dan nak buat. Makanya, hari ni hari servis untuk Si Kapok - bersihkan habuk dan debu, polish body, bersihkan fret, tukar tali dan tune.

OK. Jumpa lagi nanti. Jangan lupa untuk senyum :)



Cara Mudah Kemas Reben

Ahad, Ogos 24, 2014

Haa,..siapa-siapa minat buat kraf mesti ada banyak stok reben, kan? Sebelum ni, saya pernah kongsi cara saya kemas reben-reben guna penyangkut baju berlapis. (Lihat sini)



Tapi, cara di atas sesuai untuk reben yang bergulung je. Kadang-kala, saya rajin juga beli reben-reben secara loose. Beli semeter ke,...dua meter ke,..ikut corak yang berkenan di hati. Masalahnya, bila beli ikut meter, inilah jadinya...


Berselirat! Ni pun jumpa dalam plastik kecil yang terselit celah almari. Saya pernah tengok di Pinterest, ada yang lilit reben keliling batang aiskrim atau styrofoam board for the purpose of storage. Dua-dua saya takda. So, saya gunalah kad keras yang jadi partition kotak teh.

Tattadaaaaa!
Guna bahan terbuang je. Yang penting kemas!

Sedap je mata memandang. Nak tengok design reben pun senang. Dah siap buat macam ni, bolehlah masukkan ke dalam bekas/kotak supaya tak berhabuk.




Spot The Differences - Activity with The Kids

Sabtu, Ogos 23, 2014

Packaging iPad cover di bawah, asalnya saya nak guna untuk projek kraf lain. Tetapi, memandangkan bahagian hadapan yang berplastik tu masih cantik, saya decide buat display board@ game board @ activity board untuk students cilik saya.


Kebiasaannya, saya akan simpan apa saja aktiviti/games yang saya jumpa dalam majalah dan akhbar. Saya akan gunakan sebagai aktiviti tambahan di dalam kelas. Masalahnya, seorang dua sajalah yang berpeluang buat aktiviti berkenaan kerana salinannya terhad. Nak photostat warna, kos agak tinggi pula.

Jadi, timbul idea untuk buat display board ni.

'Spot The Differences' - Aktiviti sebegini bagus untuk rangsang perkembangan minda si kecil.

Saya masukkan lembaran aktiviti 'Spot The Differences' (yang ini from Astro View) ke dalam display board. Hias sikit sana-sini supaya nampak lebih menarik. Siapa-siapa yang siap tugasan tuisyen awal berpeluang buat aktiviti tu menggunakan whiteboard marker. Dah selesai, boleh padam.

Jadi, satu lembaran aktiviti boleh digunakan berulang kali. Kemudian, agak-agak mereka dah boring, next session tukarlah dengan aktiviti lain pula; cari benda tersembunyi ke, selesaikan maze ke,...

Dhia & Aliff, muka-muka yang siap kerja awal malam tadi :)

Cari,..cari...

Dsha teruja dapat cari kesemua 10 perbezaan dalam masa yang singkat.

Kita juga boleh guna bingkai gambar dan fail lutsinar untuk simpan lembaran aktiviti seperti ini. Kalau ada bajet lebih, laminate lagi bagus! Yang penting, sediakan whiteboard marker dan wet tissues :)


Resepi Telur Dadar Lobak Merah


Selalu saya sediakan telur dadar biasa je. Kali ni, saja nak tukar selera saya buat Telur Dadah Lobak Merah pula :) Saya gunakan gegelang bulat telur (egg ring) untuk hasilkan telur dadar versi mini. Buat individual portions

Egg Ring

Resepi Telur Dadar Lobak Merah

Bahan-bahan:
  • 2 - 3 biji telur
  • 3 biji bawang merah (hiris halus)
  • 1/4 batang lobak merah (hiris memanjang)
  • 1 tangkai daun sup (potong halus)
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit mentega atau marjerin

Cara Penyediaan:
  1.  Pukul telur bersama bawang merah, lada sulah dan garam.
  2. Panaskan kuali leper. Letak sedikit marjerin/mentega. Kemudian, ratakan sedikit marjerin/mentega pada bahagian dalam egg ring supaya telur tidak melekat.
  3. Letak egg ring di atas kuali. Masukkan telur yang dipukul tadi hingga separuh penuh. Kemudian, taburkan dengan daun sup dan hirisan lobak merah. Biarkan seketika hingga bahagian bawah telur masak. (Api dapur jangan terlalu kuat.)
  4. Angkat egg ring apabila telur sudah mula membentuk dan boleh dipisahkan. Terbalikkan telur supaya bahagian atasnya pula masak. 
  5. Sedia untuk dihidang!


Boleh juga ditambahkan 1 sudu besar mayonis pada adunan telur supaya rasanya lebih lemak. Selain daripada letak lobak merah dan daun sup, boleh manjakan deria rasa dengan hirisan kobis atau taburan bawang goreng.
 
SELAMAT MENCUBA!