Tak Bersedia Terima Panggilan yang Ini

Jumaat, Mac 13, 2015

Dah beberapa tahun saya kerap pertikaikan kemampuan saya - bersedia tak kalau terima panggilan yang satu ini? Setiap kali saya fikirkan, setiap kali itulah saya akan kata tidak. Pagi 9 Mac, 15 minit sebelum masuk waktu Subuh, saya terima panggilan daripada Hafiz, adik lelaki saya yang duduk di Banting. Entah mengapa rasa berat hati nak angkat. Saya hanya pandang nombornya yang tertera dan biar hingga telefon berhenti berbunyi. Dalam hati dah terdetik,...takkanlah,..ishhh aku tak bersedia!

Selang seminit, apabila Cekengah ketuk pintu bilik dengan cemas, saya dah tahu...apa yang saya nak elak sangat, saya terpaksa dengar. Mandi, solat Subuh, bersiap, masuk kereta dan sumbat diri masuk kereta Cekengah. Tak ingat apa-apa,...tak dengar dan lihat apa-apa dah. Semua blur. Dalam hati saya, masih lagi berperang dengan diri - SAYA TAK BERSEDIA.

Sampai di muka pintu, masuk dan bersalaman dengan tetamu yang ada, duduk berkumpul dengan Cekebon, mak cik dan adik-beradik, saya masih dalam keadaan expressionless. Sehinggalah apabila melihat wajahnya, (itupun setelah saya minta pada Cekengah untuk tolong bukakan kain yang menutup tubuh dan muka), baru otak ni betul-betul menerima input yang ayah saya sudah meninggal dunia :'(

Babah dipanggil ketika lena dalam tidur. Mulalah bertindih-tindih rasa terkilan. Tak sempat jumpa babah, tak sempat luangkan masa bersamanya pada hari-hari akhir arwah, tak sempat minta maaf. Tetapi, kita memang harus bersedia untuk meninggalkan dan ditinggalkan. Sudah sampai janjinya dengan Sang Pemilik Nyawa. Mahu tidak mahu, saya kena redha. Apa yang saya sangat-sangat syukuri, hal-hal pengurusan jenazah berjalan dengan lancar. Cepat disempurnakan semuanya. 

Selamat jalan, Babah. Moga babah tenang di sana. 

Al-Fatihah
Mohd. Fahmy Mohd. Shariff
13 Jun 1955 - 9 Mac 2015


Terima kasih tidak terhingga buat saudara-mara, kenalan, badan khairat kematian dan penduduk-penduduk taman yang sudi membantu meringankan kesulitan kami sekeluarga.


Siapa 'Wanita' Anda?

Ahad, Mac 08, 2015

Credit

Hari ini Hari Wanita Sedunia. Selamat Hari Wanita buat semua rakan dan kenalan blogger perempuan. Wishing you a day as beautiful as you are  :) Kalian semuanya istimewa. Hargai diri sewajarnya. Oh, di samping itu, jom kita pandang keliling dan mula hargai wanita-wanita penting dalam hidup kita. Mudah-mudahan kita juga dapat jadi wanita kuat yang boleh menyumbang kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.

Siapa wanita paling istimewa yang menjadi inspirasi kalian? Mengapa atau bagaimana si dia berjaya mengubah persepsi diri. Kalau tidak keberatan, kongsikan kisah kalian di sini. Mana tahu, dengan lepak santai Ahad di tower saya hari ni, boleh dapat hadiah istimewa :) [Dah bagi hint ni..]


Psst! Saya masih di luar. Jumpa petang atau malam nanti. Enjoy the rest of your weekend!