Ubat Kutu untuk Si Yuri

Ahad, Ogos 17, 2014


Inilah ubat kutu untuk si Yuri, Frontline Combo Spot-On Cat. Awal tahun dulu, Yuri kena jangkitan kutu sampai kurus! Tuannya sibuk sangat (tak sure pun sibukkan apa) sampai terabai kebajikan meoww seekor nih. Lepas bawa jumpa 'vet', masalah kutu, gatal-gatal dan yang seangkatan dengannya HAPUS!

Kiranya, Frontline Combo Spot-On Cat ni sesuai untuk si Yuri. Harga berpatutan. Sekitar RM50-RM60/kotak. Dalam kotak tu ada 3 tiub yang akan bertahan untuk lebih kurang tiga bulan. Cara guna sangat mudah. Yang penting, berkesan! Titiskan pada tengkuk kucing dan pastikan kucing tak kena air dalam tempoh 3 hari. Then, from time to time bolehlah guna sikat kutu untuk periksa ada kutu atau tidak.

So, siapa-siapa yang kucingnya ada masalah jangkitan kutu, bolehlah cuba spot-on ni.

Aksi Si Yuri bobok dalam bilik kraf. Comforter dan bantal ikan yang saya letak untuk relaks kat situ dah jadi port dia pula. 



How To Stay Creative - Jom sahut cabaran ini :)

Sabtu, Ogos 16, 2014

Tertarik dengan poster ini. 29 saranan yang boleh dipraktikkan. Tetapi, cara-cara di bawah tidak terhad untuk kita dan daya kreativiti sahaja. Ada yang boleh dibuat sekadar untuk kurangkan tekanan, rehatkan diri dan buat kita rasa lebih relaks.

Kredit Imej: Islam Abudaoud

Hmm, ada tak yang kalian pernah/biasa/selalu buat? 

Saya biasa buat No. 1, 8, 9, 18 & 28.
Hujung minggu ni berniat nak buat:
  • No. 4 - Get away from the computer - Saya bercadang hujung minggu ni nak baca novel dan buat kraf. Tak mahu ada sebarang aktiviti dengan komputer. Hikhikhik boleh ke?
  • No. 19 - Get lots of rest - SEMESTINYA!
  • No. 23 - Read a page of the dictionary - Yang ini interesting! Simply pick one page and learn all the words. Satu cara mudah dan spontan untuk belajar perkataan baru :)
  • No. 27 - Clean your work place - Ini memang wajib. Kemas meja kraf dan kemas meja kerja saya di dewan tuisyen. Dua-dua bersepah! Cari apa pun dah tak jumpa dah.

Selamat Berhujung Minggu!



Naskhah Terbaru daripada Melly Goeslow - Cinta & Ibadah

Jumaat, Ogos 15, 2014

Komposer dari seberang ini memang semakin aktif menghasilkan lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan. Selepas Moga Bunda Disayang Allah, Zalan dan Hijrah Cinta (Nyanyian Rossa), lagu terbaru Melly ialah 'Cinta & Ibadah'. Lagu ini ditulis khusus untuk drama rantaian yang bakal ditayangkan di Astro pada awal September nanti, 'Cinta dan Ibadah'.


Lirik 'Cinta dan Ibadah' - Melly Goeslow (OST Cinta dan Ibadah)
Ciptaan: Melly Goeslow

senandung cinta dalam hati memahami ketakutanku
semakin kini aku merasakan waktuku smakin dekat
kidung malam menyaksikan janjiku padamu demi dia
petir mencekam menarik jiwa kita berdua merana

tiada yang bisa kuberi demi cinta hanya pengorbanan
walau tersiksa namum demi cinta bahagia aku rela
tak pernah kubayangkan takdirku mengantarkan pada janji
menerima dan mungkin saat nanti aku harus relakan
andai takdir bisa berubah ke manakah kita pergi

kau pikir mudah menjadi aku
kau kira tak sulit jadi aku
mencintai dia lelaki yang sama pedihnya

seseungguhnya jiwa berderai tangis
membelah langit hitam sampai laut marah
antara ikhlas muhasabah cinta yang menjawab
cinta dan ibadah


Selamat hayati bait-bait liriknya.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.