Ketupat Palas Gumbira
Jumaat, November 11, 2011
Ketupat palas memang favourite aku. Tak kisahlah ketupat palas yang kosong atau yang ada inti kacang, dua-dua aku suka. Memang kalau dapat makan ketupat palas, hati aku paling gummmmbiiraaa! Tak silap aku, kalau di Johor, mereka panggil ni lepat.
Nak belajar buat ketupat palas? Kat bawah ni ada resepinya.
Resepi Ketupat Palas
Bahan-bahannya:
- 1 kg beras pulut
- 1 kg santan
- 1 sudu teh garam
- Beberapa helai daun pandan
- Daun palas secukupnya
Cara-caranya:
- Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan.
- Masukkan santan dan garam ke dalam periuk. Masak atas api sederhana besar. Kacau sampai mendidih.
- Kemudian, masukkan pulut dan daun pandan (carik-carik sedikit dan simpulkan). Kacau sehingga sebati. Masak hingga pulut menjadi setengah masak. Sentiasa kacau supaya bahagian bawah pulut tidak berkerak.
- Setelah itu, bolehlah dibungkus menggunakan daun palas. Cara nak membungkus ketupat palas, sila rujuk video di youtube ini. How to Fold & Stuff Ketupat Daun Palas (Credit to myindo)
- Akhir sekali, bolehlah direbus ketupat-ketupat tu. Masukkan ke dalam periuk besar dan isi air sehingga parasnya menutupi semua ketupat. Rebuslah sehingga air kering dan ketupatnya masak.
- Sajikan dengan rendang, serunding atau kuah gula.
Selamat Mencuba!