Cara Mudah untuk Kemas Koleksi Reben
Isnin, Februari 24, 2014
Sekadar berkongsi. Bagi yang suka buat scrapbook, kraf dan kad, mesti ada banyak stok reben kan? Haaa ... ini salah satu cara yang saya rasa paling baik untuk kemas reben-reben yang ada dalam koleksi kita. Kalian hanya perlukan penyangkut baju seperti dalam gambar di bawah dan ...
Walllllaaaahhhh!!!
A mess-free collection of ribbons!
Koleksi reben untuk gifts and goodie bags. |
Mudah je, kan? Dahuulu, saya simpan reben-reben di dalam bekas plastik. Setiap kali hendak buat projek kraf, masak jugalah nak memunggah reben gelung demi gelung. Sekarang tidak lagi :) Yang penting, penyangkut baju ni sekarang:
- Serves as ribbon panels/display - sekali pandang je dah tahu reben apa yang ada dalam stok kita.
- Senang untuk pilih atau cari reben yang hendak digunakan. Reben-reben boleh digunting terus daripada penyangkut baju tersebut. Less mess.
- Lebih terurus. Tidak pening kepala, tidak sakit mata memandang reben yang bercampur aduk dan berselirat.
*Bagi yang ada banyak koleksi reben, bolehlah susun mengikut tona warna.