Decorative Border Punch untuk Kraf
Isnin, April 21, 2014
Hehehe inilah mainan baru saya ;) Alatan baru untuk buat projek-projek kraf. Decorative border punches. Apa kegunaannya? Well, decorative border punch ini kita gunakan untuk buat corak kemasan di bahagian tepi kad atau kertas. Barulah menarik sedikit hasil kerja kraf kertas kita. Sebenarnya, kita juga boleh menggunakan gunting kraf bercorak (Jemput baca mengenainya di sini.) Tetapi, jika dibandingkan antara kedua-duanya -lazimnya potongan gunting kraf bercorak lebih simple manakala corak potongan/tebukan decorative border punch lebih cantik dan terperinci.
Ada pelbagai jenis corak atau design border punch yang terdapat di pasaran. Harganya pun berbeza-beza bergantung pada jenama dan jenis material yang digunakan. Of course yang lebih mahal seperti jenama Fiskars dan Martha Stewart's lebih berkualiti dan tahan lama. Tetapi yang harganya lebih murah pun boleh dijadikan koleksi asalkan kita tahu cara-cara menjaga punches dengan baik. Secara peribadi, saya suka beli punch yang lebih murah (tidak kira jenama) supaya saya dapat beli dua tiga design berbanding hanya satu. Banyak sedikit pilihan apabila nak buat projek kraf.
Apa yang penting, terpulang pada kita untuk beli brand apa asalkan dalam kemampuan bajet kita. Di bawah ini dua decorative border punches baru milik saya.