Logo Halal yang Sah & Diperakui

Khamis, Mei 29, 2014

Sekadar perkongsian buat rujukan bersama. Ada logo-logo halal mengikut negara, sah dan diperakui setakat 7 Februari 2014. Sumber - www.halal.gov.my



Jagung 4 Minit!

Selasa, Mei 27, 2014

Selalunya apabila saya seorang diri di rumah dan teringin nak kunyah something, saya memang akan buat 'Jagung 4 Minit' nih. It's kind of an instant fix untuk sindrom 'gatal gigi' saya. Apa yang menariknya, untuk sediakan jagung ni mudah dan sekejap sahaja! Hanya perlu setongkol jagung, microwave dan masa 4 minit! Tak percaya? Tengok siri gambar di bawah yang saya sediakan :)


Simple je kan?! Tak perlu susah-susah cari periuk, isi air dan terkial-kial nak rebus jagung. Saya paling suka betapa senangnya kita nak buang kulit dan rambut-rambut jagung tu setelah dimasak dalam microwave. Sekiranya inginkan rasa lebih sedap, sapukan dengan mentega dan sedikit garam. Saya suka makan macam tu je.

Tutorial Kraf - Penyangkut Baju Mini daripada Klip Kertas

Isnin, Mei 26, 2014

Selamat Hari Isnin! Hari ini saya ingin tunjukkan cara untuk buat penyangkut baju mini daripada klip kertas. Senang dan comel! Of course, boleh dijadikan hiasan untuk projek kraf kalian. Selamat mencuba! Sila perhatikan langkah demi langkah di bawah.

Penyangkut baju mini daripada klip kertas

Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah (Easy Guitar Chords)

Sabtu, Mei 24, 2014

Hehehe personally, saya biasa-biasa je dengan lagu OST Ariana Rose but my Cekengah loves this song very much! Suka sangat-sangat! Sebenarnya, ni kes rindu adik lah ni. Since Cekengah dan Cekebon tiada dek kerana pergi bercuti, saya kebuntuan kat rumah tiada ada orang nak dikacau. Masa inilah terngiang-ngiang suara Cekengah nyanyi lagu ni. Itu yang tak pasal-pasal belajar main 'Di Pintu Syurga'.

Miss you, Gennn!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar & Lirik Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah 

(OST Ariana Rose)


(Intro)

C Am D Dm E Am
G F E Am F Am
Dm E
Segalanya kaku
Am
Hati terus menangis

Dm G

Bila mengenangkan

C
Dirimu telah tiada
D Dm
Kau pergi tanpa pesan
E Am
Tinggal aku sendiri

D Dm

Menghitung hari

E Am
Tiada daya meneman sepi
(Chorus)

A D Dm
Duhai kekasih hati
G C

Katakanlah padaku

Am Dm

Bahawa semua ini
G C
Hanya igauan mimpi
A Dm
Aku tak sanggup kasih
E Am
Kehilangan dirimu

Dm E

Walau sedetik rindu mencengkam

Am
Terasa pedih
(Ulang Chorus)
Dm E
Doaku kasih kita bersua
Am
Di pintu syurga