Oh, gosh! She's right!

Khamis, Ogos 14, 2014

Semalam pergi keluar shopping barang dapur. Kebetulan tengah lapar, belilah Subway untuk lunch. Lamalah jugak kena beratur sebab masa tu memang time lunch pun! Kebetulan, ada beberapa gadis dan teruna 'remaja' (umur pangkat adik-adiklah sekitar awal 20-an) yang beratur sebelum saya. Budak-budak muda kan,..riang gumbira dalam dunia sendiri. Tapi, bercakap kuat bingit as if nak orang-orang lain join perbualan diorang sama. Time gelak tu, bukan tahap berdekah-dekah dah! Saya rasa kita dah kena invent satu perkataan baru untuk gelak tawa mereka tu. 

'Lantak koranglah, dik. Yang penting akak lapau nak makan roti!' Saya cakap sendiri dalam hati. Ada juga beberapa pelanggan yang tunjukkan rasa kurang senang. Tapi semua buat derk jelah. Alah, budak-budak. Siapa tak pernah muda, kan?

Adik cantik sebelum saya hampir selesai dengan ordernya. Dia memilih beberapa jenis 'sauce' termasuklah 'Chipotle Southwest' and she said 'chi.po.tel'. Akak tak kisah! Sebutan ko salah ke apa ke,..janji akak dapat roti akak. (Mode tengah lapau sangat nih!)

Nak dijadikan cerita, saya pun memilih sos yang sama. Bayangkanlah, sebaik sahaja saya minta sos tu, beberapa orang gadis tadi gelak terkekeh-kekeh. Siap ada yang snort-laugh lagi! And the best part salah seorang daripada mereka kasi remarks, "Chipotlay! OMG! We should record this and upload to Youtube!"

Saya diam je. Put on my selamba face. Lantaklah korang nak gelak sampai jatuh gigi pun. Tunggu roti kena bungkus. Akak lapau! Lapau! By that time, salah seorang adik teruna  dalam kalangan mereka (yang boleh dikira agak geliga) keluarkan smartphone dia, googled something (I guessed) dan serta-merta mukanya berubah!.

"Oh, gosh! She's right. It's chii ~ poht~ lay!" Dia mengulang kembali cara saya menyebut chipotle. 

'Ye, dik. Chii ~ poht~ lay.'  (Saya mengiakan dalam hati. Mata tengah pandang roti.)

Masa tulah, kaunter Subway yang sebelum tu bergema dengan hilai-tawa mereka, bertukar jadi senyap sepi! Gadis-gadis kiut-miut yang nak masukkan saya dalam Youtube tadi jadi malu sendiri. Beberapa orang pelanggan di belakang saya yang menyaksikan insiden tu mula larik senyum. Hahah! There was  a snort-laugh too!

Selesai berurusan di kaunter pembayaran, kumpulan anak remaja tu buru-buru pergi. Tak toleh belakang lagi dah! Tapi yang sweetnya, salah seorang daripada mereka datang ke tepi saya dan cakap,  
"We are sorry."

Hehehe yang ini anak cukup ajar ni.

"It's okay. No harm done!"

Memang no harm done pun. Sebab,...
  1. Saya tak kisah kena gelak macam tu,...jangan Allah 'gelakkan' kita sudah!
  2. I don't simply judge people. Sebut chipotel ke...cipotet ke,...tapi mungkin Allah beri hati yang baik pada dia :) Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri.
  3. Nasib baik ko tak record akak masuk Youtube, dik. Silap-silap video tu backfire nanti.

OK, itu saja perkongsian untuk kali ini.

Nota Senyum:  Chipotle ni sebenarnya perkataan Spanish (kalau tak silap saya) yang bermaksud cili yang disalai.

Kord Gitar Maafkan Aku - Asfan (OST Rindu Awak 200%)

Rabu, Ogos 13, 2014

Heheheh sekarang memang tengah follow cerita Rindu Awak 200%. Sedap pulak bila dengar lagu Asfan ni. Chords 'Maafkan Aku' mudah dan simple. Enjoy!

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Maafkan Aku - Asfan

[OST Rindu Awak 200%]



(Intro)
C G A D G

C G
Lama sudah kumencari bayang-bayangmu
Am G
Yang hilang bertahun-tahun yang makin reput
C G Em
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
C F G C G
Kulupakan cerita lama dan terus kembali

(Chorus)
C
Maafkanlah aku
G Am
Bila aku me lukai hatimu
Dm Em
Mungkin juga kita yang terlupa
G
Siapakah diri ini

C
Bila tiada lagi
G Am
Kusedari kisah ini terhenti
Dm
Cubalah fahami
Am G C
Cinta ini memerlukan kau dan aku

G Am F G

C G
Lama sudah kumencari bayang-bayangmu
Am G
Yang hilang bertahun-tahun yang makin reput
C G
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Am G F
Ku lupakan cerita lama dan terus kembali





Garlic Bread Jadi Pilihan

Saya perasan dari minggu lepas lagi. Entri resepi Garlic Bread menjadi antara entri top FAMF Tower. Selain daripada entri guitar chords dan kraf, beberapa kali jugalah Garlic Bread 'mendominasi' carta statistik harian. 



Aikk,..apahal tiba-tiba jadi hot lak entri ni? Hehehe, maybe orang dah muak makan ketupat rendang musim raya ni,..tekak kena beralih angin pula. Ok, siapa-siapa yang berminat nak buat garlic bread, jom terjah entri saya ni :)




Resepi Ayam Kari Tumis Bercili

Isnin, Ogos 11, 2014

Satu lagi resepi mudah untuk dicuba!

Ayam Kari Tumis Bercili


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, kunyit dan garamkan)
  • 4 siung bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 5 batang cili merah (tumbuk kasar) *Tukar dengan cili hijau pun tak apa.
  • 5 batang cili padi (tumbuk kasar) *Jika tak mahu pedas, tidak perlu letak.
  • 7 biji belimbing buluh (belah dua)
  • 1 - 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 100ml air
  • 100ml santan
  • 2 sudu besar minyak masak utk menumis

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak. Tetapi jangan sampai garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih diikuti dengan cili yang telah ditumbuk. Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan gula. Tumis seketika.
  3. Kemudian masukkan ayam. Kacau hingga semua bahan sekata.
  4. Masukkan air dan santan diikuti dengan belimbing buluh. Masak sampai meresap. 

Nota Senyum: Boleh juga buat lauk ni untuk makan dengan roti jala :)