Ayam Kari Tumis Bercili |
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 ekor ayam (potong kecil, kunyit dan garamkan)
- 4 siung bawang putih (cincang halus)
- 1 biji bawang besar (potong bulat)
- 5 batang cili merah (tumbuk kasar) *Tukar dengan cili hijau pun tak apa.
- 5 batang cili padi (tumbuk kasar) *Jika tak mahu pedas, tidak perlu letak.
- 7 biji belimbing buluh (belah dua)
- 1 - 2 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh gula
- 100ml air
- 100ml santan
- 2 sudu besar minyak masak utk menumis
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak. Tetapi jangan sampai garing. Ketepikan.
- Tumis bawang besar, bawang putih diikuti dengan cili yang telah ditumbuk. Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan gula. Tumis seketika.
- Kemudian masukkan ayam. Kacau hingga semua bahan sekata.
- Masukkan air dan santan diikuti dengan belimbing buluh. Masak sampai meresap.
Nota Senyum: Boleh juga buat lauk ni untuk makan dengan roti jala :)
wahhhh~sedap!!! nak try lh nnti.
BalasPadamSimple & sedap. Try lah :)
PadamNampaknye k.Farrah sangat giat berkongsi resipi sekarang :)
BalasPadamKeep up the good work.
Hehehe, resepi senang2 ni retilah akak :)
PadamBetter sangat-sangat dari saya yang malas masak..hehe.
PadamTengah mengumpul tenaga ni.
Dok umah mak tiap hari makan masakan mak.
Cayang mak sangat-sangat.
Labyu..labyu,mak. Kalau mak x masak, anak mak ni akan kebuluran.
Syokkknya! Masakan mak yang TERBAIK! Untung, Shikin :)
Padam[erghh..nampak macam pedas gila tu! :O
BalasPadamsaya x ley makan pedas. gastrik. T_T
Oh tidak! Amy jamu mata je ye...
PadamErrmm waktu bila nak masuk cili yg d tumbuk tu
BalasPadamThanks so much, JM. Tertinggal pulak cili tu dah penat2 tumbuk. Hehehe dah edit dah.
Padamadui sedap ni.. harus try... tp cam podas je huhu...
BalasPadamKlu tak mau pedas,..KM guna cili hijau je. Pon sedappp!
Padamterliur222... :p
BalasPadamAkak makan untuk Aisya eh :) kat sana senang tak nak cari bahan2 buat resepi ni?
Padamintai resepi ni nanti boleh cuba hihhihi
BalasPadam