Resepi Telur Dadar Lobak Merah

Sabtu, Ogos 23, 2014


Selalu saya sediakan telur dadar biasa je. Kali ni, saja nak tukar selera saya buat Telur Dadah Lobak Merah pula :) Saya gunakan gegelang bulat telur (egg ring) untuk hasilkan telur dadar versi mini. Buat individual portions

Egg Ring

Resepi Telur Dadar Lobak Merah

Bahan-bahan:
  • 2 - 3 biji telur
  • 3 biji bawang merah (hiris halus)
  • 1/4 batang lobak merah (hiris memanjang)
  • 1 tangkai daun sup (potong halus)
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit mentega atau marjerin

Cara Penyediaan:
  1.  Pukul telur bersama bawang merah, lada sulah dan garam.
  2. Panaskan kuali leper. Letak sedikit marjerin/mentega. Kemudian, ratakan sedikit marjerin/mentega pada bahagian dalam egg ring supaya telur tidak melekat.
  3. Letak egg ring di atas kuali. Masukkan telur yang dipukul tadi hingga separuh penuh. Kemudian, taburkan dengan daun sup dan hirisan lobak merah. Biarkan seketika hingga bahagian bawah telur masak. (Api dapur jangan terlalu kuat.)
  4. Angkat egg ring apabila telur sudah mula membentuk dan boleh dipisahkan. Terbalikkan telur supaya bahagian atasnya pula masak. 
  5. Sedia untuk dihidang!


Boleh juga ditambahkan 1 sudu besar mayonis pada adunan telur supaya rasanya lebih lemak. Selain daripada letak lobak merah dan daun sup, boleh manjakan deria rasa dengan hirisan kobis atau taburan bawang goreng.
 
SELAMAT MENCUBA!






Bagi yang ikuti siri TV ini, tentu kalian ingat yang pada episod akhir musim 3, Captain Hook dan Regina secara tidak sengaja telah terbawa Elsa 'masuk' ke Storybrooke (baca lebih lanjut di sini). Season 4 Once Upon A Time (OUAT) ditayangkan pada penghujung September memang ditunggu-tunggu sebab fans nak lihat bagaimana kisah Elsa, Anna & Kristoff dari 'Frozen' akan diketengahkan dalam plot. Apa agaknya twist untuk fairy tale moden ini?

Ingin tahu siapa yang akan memegang tiga watak utama dari filem animasi ini untuk OUAT?

Kredit Imej: Disney Frozen Blog Tumblr

Salah satu babak Anna & Elsa dalam OUAT.

Tak sabar nak tunggu Season 4 mula ;)

Entri lain yang berkaitan:

Tutorial Kraf - Cantikkan Projek Kraf dengan 'Eyelets'

Jumaat, Ogos 22, 2014


Tag dengan kemasan 'eyelet'.

Cuba tengok tag di atas. Ada gegelang di sekeliling bulatan yang saya buat. Gegelang tu dipanggil eyelet. Tujuan kita letakkan eyelet adalah untuk beri sentuhan yang lebih kemas dan cantik pada tag berkenaan. Nampak lebih stylish dan sempurna. Sebenarnya, eyelets ada banyak saiz, warna dan kegunaan. Selain buat kemasan pada tag, kita boleh gunakan eyelet untuk buat rantai kunci dan bookbinding projects.

Eyelet Pliers

Alat di atas dinamakan 'eyelet pliers'. Juga dikenali sebagai 'eyelet puncher'. Kita perlukan alat ini untuk pastikan eyelet mencengkam pada material yang kita gunakan dengan baik. Jangan guna tukul tau. Tak cantik nanti hasilnya. Cara menggunakannya 'eyelet pliers' sangat mudah. Letakkan eyelet dengan betul pada mata alat. Tekan kuat-kuat hingga bahagian bawah eyelet meleper. Siappp!

Nota Senyum: Boleh dapatkan eyelet pliers di kedai barangan kraf atau kedai alat tulis. Saya punya saya dapatkan di DAISO. Hanya RM5.


Cara Keringkan Daun Pudina dan Herba-herba Lain

Khamis, Ogos 21, 2014

Ikat daun pudina dan gantung secara terbalik.
Dalam banyak-banyak pokok di taman herba mini saya, pokok pudinalah yang selalu stoknya berlebih-lebih. Sebabnya, pokok pudina ni from time tu time akan bertumbuh dengan jayanya hingga memenuhi ruang pasu. Jadi, kalau tak banyak guna daun pudina, kenalah trim pokok tu supaya tidak menjalar liar.

Kebiasaannya, apabila saya rasa pokok pudina saya dah 'sarat' dan tangkainya mula menjalar keluar, saya akan potong dan keringkan supaya daun pudina tu tahan lama.

Cara nak keringkan daun pudina dan herba-herba lain sangat mudah. Jangan pisahkan daun dari tangkainya. Basuh bersih-bersih. Keringkan di atas tisu dapur. Kemudian, kumpulkan tangkai-tangkai herba dan ikat dengan tali. Kalau ada banyak, buatlah beberapa ikatan. Gantung secara terbalik di tempat yang bersih dan tidak lembap. Selalunya, pada siang hari saya akan jemur ikatan pudina ni di luar supaya lebih cepat kering.

Apabila daun pudina dah kering, barulah pisahkan dari tangkai. Simpan dalam botol atau bekas rempah. Sedia untuk digunakan apabila perlu :)