Lama betul tak baca buku yang boleh pegang!

Isnin, September 01, 2014

Saya memang suka baca buku. Bila ada masa terluang (dan tak de mood nak buat hobi-hobi saya yang lain hehehe,..), saya memang akan membaca. Tetapi dah berbulan-bulan dah saya tak baca buku yang tangible! Selalunya saya baca buku berformat epub melalui iPad je. Guna applikasi iBooks. In a way, memang sangat convenient terutama sekali jika saya berada di luar. Dalam iPad saya memang dah disumbat dengan banyakkkkk buku, termasuklah novel, buku resepi, majalah kraf dan koleksi Chicken Soup for The Soul saya. Bott tengok pun geleng kepala. 'Sampai ratus-ratus! Larat ke awak baca semua?'

OK apa?! Rasa-rasa tak berkenan dengan cerita yang ini, boleh tukar cerita yang lain. Ratus-ratus pun, beratnya tetap berat sebuah iPad. Bukannya kena pikul pakai bahu :) Janji masa yang ada saya gunakan baik-baik,.. dok senyap-senyap dalam dunia saya sendiri. Hurmm, satu lagi kelebihan baca buku melalui iPad ni, kalau tak tahu makna perkataan, kita boleh terus cari maknanya time tu juga. Even boleh highlight dan buat catatan. Jadi, takdelah tergenjat-genjat bacaan kita.


Hari ni tukar angin. Saya pandang rak buku terus terlintas nak baca buku old school style! Oleh itu, inilah aktiviti santai petang saya hari ni. Saya pilih 'Laura's Handmade Life' yang saya beli masa sale di Aeon Big, Mid Valley. RM5 je! (Baca mengenainya di sini.) Dah lama tak baca buku yang boleh pegang dan selak, feeling semacam lah pulak. Siap pakai penanda buku lagi!


Nota Senyum: Yang enter-frame kat tepi buku tu, stok untuk kunyah-kunyah. Tak taulah kuih apa, dari Sibu. Kawan Cekebon yang beri. Saya tolong makan je.


Kegilaan Gelang Getah

Pernah dengar 'Rainbow Loom'? Ermm, kalau tak, pernah tak tengok budak-budak sekarang pakai gelang ni?

Sekarang ni musim si cilik datang kelas & tayang gelang baru yang dibuat oleh mereka.

'Rainbow Loom' dah lama dah popular di luar negara tetapi baru belakangan ini jadi 'trend' dalam masyarakat kita terutamanya kanak-kanak dan remaja. Cantik sebagai aksesori yang boleh digayakan, aktiviti menghasilkan gelang ini menjadi kegilaan kerana pilihan warnanya yang menarik dan mudah untuk dibuat. Ala, macam kita masukkan getah anjang-panjang untuk 'main getah' tu. (Kalau anda tak ada idea apa yang saya cakapkan, senyum jer,..sebab anda jauh lagi muda!)

Bagi yang dah terjebak dengan 'Rainbow Loom' ni, pelbagai rekabentuk gelang yang boleh dihasilkan. Tidak terhad kepada bentuk simple seperti di atas. Boleh buat bentuk bunga,..bentuk bintang,.. Sesuai untuk dijadikan aktiviti bersama anak-anak pada masa senggang/ di dalam kelas seni untuk develop kreativiti mereka.

Oh, hati-hati,..terdapat banyak produk tiruan di luar sana. Memang harganya lebih murah tetapi tidak sesuai untuk si cilik anda kerana materialnya berkemungkinan besar tidak bebas toksik.

Hari Nombor Cantekkkkk!

Sabtu, Ogos 30, 2014

Oh, ini bukan cerita hari ini,..cerita kelmarin. Tengah intai-intai blog, terperasan nombor-nombor cantik yang appeared di blog. Cepat-cepat saya captured.


Alhamdulillah, followers saya dah 333! Terima kasih banyak-banyaklah ye pada yang sudi follow blog saya. From FAMF Tower masih merangkak dan bertatih lagi. Nama je mula berblogging sejak 2008, tapi baru dua tahun nilah aktif balik. Dulu-dulu, orang ada blog, saya nak ada blog jugak. Hihihi, akhirnya terbiar bersawang. Masa tu blogwalking, followers, ping entri satu apa pun saya tak faham ;)

Ini pula bilangan page view. 


Saya hargai setiap kunjungan kalian. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak!


Sejak kecil, saya memang jatuh hati pada lagu ini. Bagi saya rasa cinta yang cuba dizahirkan melalui liriknya sangat tinggi.  Benar, sesuatu perjuangan itu tidak semestinya diteruskan dengan hanya menggunakan senjata. Banyak lagi cara lain untuk kita berbakti dan buktikan kecintaan kita pada negara.

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Warisan - Allahyarham Sudirman Hj Arshad (Easy Chords)




Am E
Di sini lahirnya sebuah cinta
F E
Yang murni abadi sejati
Am E
Di sini tersemai cita-cita
F E Am
Bercambah menjadi warisan

C Dm
Andai ku terbuang tak diterima
G C
Andai aku disingkirkan
Dm E
Ke mana harusku bawakan
F
Ke mana harusku semaikan
E
Cinta ini

Am F
Betapa di bumi ini ku melangkah
Dm E Am
Ke utara selatan timur dan barat ku jejaki

C Dm
Aku bukanlah seorang perwira
G C
Gagah menghunus senjata
Dm E
Namun hati rela berjuang
F G
Walau dengan cara sendiri
Am
Demi cinta ini

 
Am E
Ku ingin kotakan seribu janji
F E
Sepanjang kedewasaan ini
Am E
Ku ingin sampaikan pesanan
F G Am
Akulah penyambung warisan