Oh, tidak! Puppies!
Jumaat, September 05, 2014
Bayangkanlah,... malam tadi masa nak buka dewan untuk kelas, saya terkejut besar! Ada dua ekor anak anjing betul-betul dekat muka pintu. Tanah sebelah rumah ni tanah lapang yang terbiar. Memang banyak anjing-anjing liar bermaharajalela kat situ. Emak anjing tengah kalut alihkan anak-anak dia masuk kawasan pagar rumah saya. Agaknya nampak kelibat saya terkedek-kedek dari jauh, terus dia lepaskan anak-anak dia depan pintu. Oh, tidak! Kejap lagi budak-budak cinonet nak sampai. Kecoh pula nanti. Macam mana nak buat ni? Dahlah tengah hujan,...
Hendak tak hendak, terpaksalah saya ambil penyodok sampah untuk alihkan puppies yang bulat-bulat tu. Mujur ada kotak kosong kat dalam dewan. Bising gak mulut puppies ni menyalak-nyalak manja, kena sodok dengan saya. So sorry,... :( Awak tu basah kena hujan,..kita tak sure umur & saiz begini, awak menggigit ke tidak,..
Melengking suara si coklat ni menyalak! |
Dah selamat masuk kotak. |
Alhamdulillah, berjaya masukkan dua ekor ni ke dalam kotak sebelum kelas bermula. Tetapi, sempat jugalah beberapa murid cilik saya terserempak dengan puppies ni sebelum dipindahkan. Ada cerita comel, yang itu saya kongsi kemudian ye :)
*Kualiti gambar kureng. Pakai kamera handphone je.