Operasi Godek Blog

Sabtu, September 13, 2014

Mood cuti-dan-santai saya dimulakan dengan duduk menghadap komputer, tonton catch-up episodes rancangan TV kegemaran saya dan 'godek-godek' blog. Apa yang digodek? Huhuhu, entah! Saja je 'kemas' blog. Bersihkan kalau ada sawang ke debu ke yang singgah bertenggek. Touch up apa yang patut :)

Akhirnya, setelah bertangguh dari hari ke hari, bulan ke bulan,..saya berjaya buat scroll box untuk 'Catatan Terdahulu' (Archive) & Tetamu VVIP (Bloglist) saya. 


My Scroll Boxes ;)

Saya tahu, kalian yang mahir tentang blog ni pasti dah ketawa terguling-guling baca! Hehehe scroll box je pun. Tapi itu 'kejayaan besar' saya malam tadi. Dah sekian lama si Gagak Rimba ajar cara nak buat. Siap saved coding dalam format notepad supaya saya senang refer. (Arigato gozaimashta, Gagaku San!) Saya yang asyik bertangguh. Kononnya malas nak berpinar mata untuk edit template.

'Cukuplah juling-juling mata tanda essay students. Scroll box tu buat nanti, bila rajin.' (Dalih yang sama all the time!)

So, alang-alang angin tengah baik ni,....saya pun cubalah. Alhamdulillah, jadi! Jadi! Jadi! (Sambil tepuk tangan dan tersengih macam kerang busuk depan skrin.) Harap kalian yang singgah menjenguk FAMF Tower lebih selesa nak view blog saya. Tak adalah lists tu panjang berjela sampai ke bawah. Sudi-sudilah baca catatan-catatan lama saya. Silakan berkunjung ke 'kediaman' tetamu-tetamu VVIP saya. Bloglist masih dalam pembinaan. Sikit-sikit saya tambah bila ada kesempatan.


Resepi Mudah - Ayam Goreng Kari

Jumaat, September 12, 2014

Ayam Goreng Kari
Mari! Mari! Saya nak kongsi resepi ayam goreng kari. Juadah ni sangat senang nak disediakan. Apa yang penting, rasanya marvellous! Upin Ipin kalau tahu, diorang pun mesti suka! Hehehe. OK. Saiz hidangan untuk 4 - 6 orang makan. So, agak-agaklah portion ayamnya banyak mana ye. Selepas bersihkan ayam, perap dengan 1 sudu besar serbuk kari (ayam/daging), 1 sudu besar mayonis dan garam secukup rasa. Perap lebih kurang sejam. Then, goreng seperti biasa.

Sesudah tu, tumiskan hirisan bawang besar dan cili merah. Tuangkan ke atas ayam goreng tadi. Perahkan limau sebelum menikmati hidangan :)


Yipppieee!!! Hujung Minggu yang Panjang!


Jumaat datang lagi! Dari semalam saya dah teruja. Kan hari Selasa depan cuti umum sempena Hari Malaysia kan,...kan,...Jadi, saya merasalah cuti panjang hujung minggu nih! Sabtu, Ahad, Isnin (memang off days saya) &  Selasa! Besttttnya! Rabu minggu depan baru fikir soal kerja hihihi.

Mission rasmi cuti panjang: REST & RELAX!
(Don't worry, blogwalking tetap ada dalam agenda. Insya-Allah akan bertandang ke blog kalian. Plus ada entri Liebster Award nak kena buat. Yang tag akak tu, tunggu yea...)

Selamat berhujung minggu, semua! Jangan lupa luangkan masa dengan yang tersayang! 

Nota Senyum: Simpati pada anak-anak murid UPSR saya. Belum betul-betul merdeka. Sayu je muka masuk kelas balik.

Rak Rempah Ratus Idaman

Khamis, September 11, 2014

Wahhhhhhh! Buntang mata saya tengok rak rempah ni. Dah nampak seperti robot kecil pun ada! Bestnya kalau ada sebijik macam ni. Letak atas kaunter kitchen island. Sejuk mata pandang aneka rempah setiap hari. Hmmm, tu kena tunggu bila saya berjaya bina dapur idaman sendiri lah :)
Sumber Imej: Perkongsian di Facebook
Bayangkan betapa seronoknya ada pelbagai jenis rempah yang tersimpan cantik kemas begini. Siap berlabel lagi! Tapi, bila difikir-fikir balik, bukannya setiap hari saya masak guna rempah. Kemudian, rempah-rempah tu tidak semua yang sesuai digunakan untuk hidangan hari - hari. Nanti, tidak pasal-pasal jadi 'stale' begitu sahaja sebab tersimpan lama. 

Selalunya, untuk mengekalkan kesegaran dan aroma rempah ratus yang dibeli, kita mesti guna dalam tempoh enam bulan selepas dibuka/dikeluarkan dari packaging. Kalau selepas enam bulan, bukanlah tak boleh guna. Boleh. Cuma rasa rempah tu dah tak ummmphhhh!

Apapun, inilah rak rempah idaman saya! Suka! Suka! Suka!