Buat Kad Ucapan Lebih Mudah dengan 'Easy Cardmaking Pad'

Ahad, September 14, 2014

Melalui entri terdahulu (jemput baca di sini), antara produk kraf kertas baru yang saya beli ialah 'Easy Cardmaking Pad'. Cardmaking pad ni mengandungi 20 keping kad dengan 5 corak berbeza yang pre-folded (dah siap dengan tanda scoring, so senang untuk kita lipat). 

Easy Cardmaking Pad

Pre-folded Cards

Kad-kad ini berfungsi sebagai 'card base'Selalunya, kita gunakan kad putih/berwarna yang kosong dan akan dihias bersesuaian dengan tema kad. Adanya pad ini, kita dapat hasilkan kad ucapan dengan lebih mudah, dalam masa yang singkat. Kira skipped one step sebab 'base card' sudah sedia bercorak. Tak perlu pening kepala fikir nak decorate macam mana. Hanya koyakkan, lipat dan tambah apa-apa hiasan yang dirasakan perlu. Reben, butang, font stickers,.. 5 minit dah boleh siap! :)

Untuk sesiapa yang minat dengan cardmaking, bolehlah dapatkan pek ini di POPULAR. Takpun, simpan satu sebagai pek emergency. Mana tahu, last minute tiba-tiba anda perlukan kad untuk sebarang occasion,..kad ucapan terima kasih ke, kad good luck atau kad hari guru untuk cikgu anak-anak di sekolah,..anda dah boleh buat sendiri.

Nota Senyum: Nanti saya kongsi gambar kad yang dibuat guna pad ini :)

Operasi Godek Blog

Sabtu, September 13, 2014

Mood cuti-dan-santai saya dimulakan dengan duduk menghadap komputer, tonton catch-up episodes rancangan TV kegemaran saya dan 'godek-godek' blog. Apa yang digodek? Huhuhu, entah! Saja je 'kemas' blog. Bersihkan kalau ada sawang ke debu ke yang singgah bertenggek. Touch up apa yang patut :)

Akhirnya, setelah bertangguh dari hari ke hari, bulan ke bulan,..saya berjaya buat scroll box untuk 'Catatan Terdahulu' (Archive) & Tetamu VVIP (Bloglist) saya. 


My Scroll Boxes ;)

Saya tahu, kalian yang mahir tentang blog ni pasti dah ketawa terguling-guling baca! Hehehe scroll box je pun. Tapi itu 'kejayaan besar' saya malam tadi. Dah sekian lama si Gagak Rimba ajar cara nak buat. Siap saved coding dalam format notepad supaya saya senang refer. (Arigato gozaimashta, Gagaku San!) Saya yang asyik bertangguh. Kononnya malas nak berpinar mata untuk edit template.

'Cukuplah juling-juling mata tanda essay students. Scroll box tu buat nanti, bila rajin.' (Dalih yang sama all the time!)

So, alang-alang angin tengah baik ni,....saya pun cubalah. Alhamdulillah, jadi! Jadi! Jadi! (Sambil tepuk tangan dan tersengih macam kerang busuk depan skrin.) Harap kalian yang singgah menjenguk FAMF Tower lebih selesa nak view blog saya. Tak adalah lists tu panjang berjela sampai ke bawah. Sudi-sudilah baca catatan-catatan lama saya. Silakan berkunjung ke 'kediaman' tetamu-tetamu VVIP saya. Bloglist masih dalam pembinaan. Sikit-sikit saya tambah bila ada kesempatan.


Resepi Mudah - Ayam Goreng Kari

Jumaat, September 12, 2014

Ayam Goreng Kari
Mari! Mari! Saya nak kongsi resepi ayam goreng kari. Juadah ni sangat senang nak disediakan. Apa yang penting, rasanya marvellous! Upin Ipin kalau tahu, diorang pun mesti suka! Hehehe. OK. Saiz hidangan untuk 4 - 6 orang makan. So, agak-agaklah portion ayamnya banyak mana ye. Selepas bersihkan ayam, perap dengan 1 sudu besar serbuk kari (ayam/daging), 1 sudu besar mayonis dan garam secukup rasa. Perap lebih kurang sejam. Then, goreng seperti biasa.

Sesudah tu, tumiskan hirisan bawang besar dan cili merah. Tuangkan ke atas ayam goreng tadi. Perahkan limau sebelum menikmati hidangan :)


Yipppieee!!! Hujung Minggu yang Panjang!


Jumaat datang lagi! Dari semalam saya dah teruja. Kan hari Selasa depan cuti umum sempena Hari Malaysia kan,...kan,...Jadi, saya merasalah cuti panjang hujung minggu nih! Sabtu, Ahad, Isnin (memang off days saya) &  Selasa! Besttttnya! Rabu minggu depan baru fikir soal kerja hihihi.

Mission rasmi cuti panjang: REST & RELAX!
(Don't worry, blogwalking tetap ada dalam agenda. Insya-Allah akan bertandang ke blog kalian. Plus ada entri Liebster Award nak kena buat. Yang tag akak tu, tunggu yea...)

Selamat berhujung minggu, semua! Jangan lupa luangkan masa dengan yang tersayang! 

Nota Senyum: Simpati pada anak-anak murid UPSR saya. Belum betul-betul merdeka. Sayu je muka masuk kelas balik.