'Chipboard Embellishments' untuk Kad Ucapan
Rabu, September 17, 2014
Ini entri sambungan kepada entri terdahulu saya Buat Kad Ucapan Lebih Mudah dengan Easy Cardmaking Paper. Since kita dah ada card base yang cantik bercorak, kita hanya perlukan hiasan/embellishment yang minima. Tak perlu sesak-sesak sangat.
OK, selain menggunakan reben, renda dan butang, kita boleh gunakan hiasan kraf yang diperbuat daripada chipboard. (Lihat gambar di bawah.)
Contoh 'Chipboard Embellishments' |
'Chipboard embellishments' ni dijual di kedai-kedai barangan kraf dalam pek bertema - untuk birthday ada,... untuk friendship ada,.. tema bunga, family, Mother's Day dan macam-macam lagi. Jadi, bila nak hias kad, pilihlah satu hiasan yang sesuai, then tepek je :) Senang kan?
Nota Senyum: As usual, hiasan kraf di atas bukan sahaja digunakan untuk hias kad, sesuai juga guna untuk scrapbook.