Resepi Mudah - Sengkuang dan Cendawan Masak Tumis
Isnin, September 29, 2014
First time saya cuba resepi sengkuang dan cendawan shitake masak tumis. Selama ni tak terfikir langsung untuk pelbagaikan menu harian guna sengkuang :)
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
Nota Senyum: Tolong abaikan rupa daun bawang yang 'tercedera' tu. Saya guna pisau tumpul hihihi
Sengkuang & Cendawan Shitake Tumis |
Resepi Sengkuang dan Cendawan Shitake Masak Tumis
Bahan-bahan:
- 1/2 biji sengkuang bersaiz sederhana (hiris memanjang)
- 1/2 batang lobak merah (hiris memanjang)
- 50g cendawan shitake (hiris nipis)
- 3 siung bawang putih (cincang halus)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar daun sup
- sedikit air
- minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Letak sedikit air. Masukkan sos tiram.
- Kemudian, masukkan sengkuang dan lobak merah.
- Masukkan cendawan shitake. Kacau hingga semuanya sekata.
- Biarkan seketika di atas dapur. Jangan terlalu lama, nanti overcooked pula.
- Tabur daun sup. Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba! Kalau ada lebih lauk ni jangan buang tau. Nanti saya beritahu nak buat apa :)