1 Disember 2014 ialah Hari AIDS Sedunia. Siapa-siapa yang rajin, boleh pakai reben merah =) Simbolik keprihatinan dan sokongan kita to those living with HIV.
Saya tengok di negara kita, banyak juga acara yang dianjurkan di pelbagai peringkat. Antaranya ceramah agama, seminar dan taklimat kesihatan, pameran HIV & AIDS, dan pengedaran reben merah juga risalah kepada umum.
Objektif sambutan adalah untuk menarik penglibatan orang ramai supaya sama-sama bertanggungjawab menggembleng tenaga dalam usaha mencegah dan
mengawal penyebaran penyakit HIV/AIDS. Tema untuk Hari Aids Sedunia tahun ini ialah:
Focus, Partner, Achieve: An AIDS-free Generation
Maksudnya, setiap ahli masyarakat sepatutnya beri perhatian, berganding bahu dan cuba mencapai target ke arah generasi yang bebas AIDS.
Apa yang penting melalui sambutan dan penganjuran aktiviti-aktiviti bersempena Hari AIDS Sedunia, kita akan dapat semai persepsi yang betul dalam kalangan masyarakat. Stigma negatif, diskriminasi dan rasa takut yang keterlaluan terhadap pesakit-pesakit ini haruslah dikikis.