Tempias Romancinta

Khamis, Januari 22, 2015

Dua tiga hari ni blog macam terabai sedikit. Blogwalking pun mana sempat je. So, pagi tadi apabila ada kekuatan untuk tidak melelapkan mata (still rasa drowsy,..saya yang alahan ni alah kot makan ubat alahan!), masuk intai akaun Nuffnang, akaun 8share dan lain-lain yang berkaitan dengan blog. Sempat tengok keywords Nuffnang saya :)

Keywords Nuffnang pagi tadi :)


Rentetan persembahan hebat The Caliph Buskers pada malam AJL, tower akak ni turut terkena tempiasnya. Ramai yang datang untuk cari guitar chords lagu ni. Pageview untuk entri yang saya tulis sekitar Februari tahun lalu mencanak naik! Tengoklah, mostly on Romancinta. Tak ada dah keywords untuk resepi ke,...untuk kraf ke,..tips berguna ke yang dapat menyelit.

Apapun, MOJO & The Caliph Buskers memang layak menang Persembahan Terbaik! Show mereka memang awesome!


Kerepek Roti Canai

Menu ni akan 'muncul' di rumah apabila ada lebihan roti canai. Kebiasaannya, apabila adik-adik saya bawa Cekebon pergi 'breakfast date' di restoran mamak kegemaran Cekebon dan saya tak ikut sama, mereka akan tapaukan roti canai untuk saya. Tetapi, adik-adik risau saya tak cukup makan kot,..tapau roti macam cukup untuk stok dua tiga hari! Terlebih sudah! Berapa keping sangatlah saya mampu makan. Alih-alih masuk peti sejuk. Berhari-harilah kat dalam tu.

Jadi, apabila bersih-bersihkan peti sejuk,..maka terhasillah Kerepek Roti Canai!

Kerepek Roti Canai
Senang je nak buat. Roti canai yang ada tu dipotong kecil memanjang. Kemudian, goreng dengan minyak yang panas sehingga garing. Tuskan gorengan. Tabur dengan sedikit gula dan gaul sekata. Selalunya saya goreng guna minyak jagung atau minyak canola. Kononnya health conscious-lah hehehe.

Best tau! Rangupppp! Rasanya ala-ala kuih tiram. Oh, bagi yang ada roti canai frozen/instant pun boleh buat kerepek roti canai terlebih sudah ni :)


Sayang JM Ketat-ketat!

Rabu, Januari 21, 2015

Entri tak larat nak berkata-kata. Groggy makan ubat alahan :(

Terima kasih banyak-banyak atas ingatan, sis!

PRECIOUS - are all things that come from friends =)

Sis JM, thanks so much 'bawa' saya travel ke Thailand :)


Tak mahu 'flatline',...

Selasa, Januari 20, 2015


Sukalah poster ni! Kalau tak ada turun naik dalam hidup, maknanya kita dah,.... toooooooooooooooootttttttttttttt! 

Selamat memulakan hari! Saya tengah mendidik sabar dekat klinik ni. Rasanya tekak kena infection sebab degil dua tiga hari ni makan sotong. Ramainya orang yang tidak sihat! Moga semua akan cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan sempurna.

Sambil menunggu giliran, makan popia beli kat cafe. Offer mak cik yang duduk kat sebelah saya. Dengan sedih dia geleng, "Tak  boleh makan lagi, belum check gula." Ala kesiannya. Dah pukul 10 ni. Dahla kena puasa dari malam tadi. Sabar banyak-banyak ye, mak cik. Bertahan ye....(popia terus masuk beg!)