Yee Mee Goreng. Inilah sarapan saya pagi tadi. Err, lebih kepada brunch sebenarnya. Sebab mamam dalam kul 11! Tiba-tiba hari ni teringin nak makan yee mee. Tetapi, tak nak makan versi claypot yang soupy-soupy tu. Mau yang digoreng-goreng aja :)
|
Santapan saya dan Bott pagi tadi =) |
Resepi Yee Mee Goreng Mudah (Portion untuk 2 orang)
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Yee Mee 2 atau 3 pcs
- 3 biji bawang merah (hiris nipis)
- 3 biji bawang putih (cincang halus)
- isi daging/ayam (Saya guna lebihan sate daging and hirisan ayam lauk kelmarin. Boleh juga tambah fishcake atau fish balls kalau mahu.)
- 1 biji tomato (potong dadu)
- beberapa tangkai cili api (ikut citarasa, hiris halus)
- sedikit minyak untuk menumis
- sedikit sos tiram
- sedikit kicap lemak/manis
- sedikit air masak
Langkah-langkah penyediaan:
- Rebus yee mee sehingga lembut. Tus dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan isi ayam/daging. Tumis buat seketika. Letakkan sedikit air supaya berkuah sedikit.
- Masukkan tomato yang telah didadu dan hirisan cili api. Sos tiram dan kicap kita letak agak-agak ye. Saya tak guna garam sebab dah ada sos tiram kan.
- Apabila rasa kuah dah OK dan sedap mengikut selera, barulah masukkan yee mee. Kacau hingga sebati. Padam api. Sedia untuk dihidangkan. Nak lebih sedap? Taburkan dengan sedikit bawang goreng :)
Selamat Mencuba!
Psst! Hidangan tak ada sayur! Kami makan dengan hirisan timun. Boleh letak sayur Pak Choy dan bell peppers untuk meriahkan lagi rasa Yee Mee Goreng kita :)