Happines = ?

Jumaat, Mei 22, 2015

Credit

Selamat Pagi Jumaat! Nah, ambil seorang satu 'budak suka senyum' ni dan berwajah manislah sepanjang hari. Kita semua nak happy, nak girang gembira. Tetapi, tafsiran happy kita berbeza. Apa yang buat saya gembira mungkin biasa-biasa aja bagi kalian. Perkara yang melonjakkan meter 'gumbira' kalian, mungkin tidak memberi kesan pada saya. 

Apa itu kegembiraan?

Saya Cukup Tidak Suka

Khamis, Mei 21, 2015

Catatan untuk Kamu, Kamu dan Kamu


Saya cukup tidak suka, 
apabila hidup saya tengah tenang, 
saya terpaksa selesaikan masalah orang
(yang malangnya berkait dengan saya,..
jika tidak sudah tentu saya buat bena tidak bena.)

Saya paling tidak suka,
apabila saya bersusah payah selesaikan masalah tersebut,
guna kudrat, tenaga dan wang ringgit saya,
cuba jaga hati setiap pihak,
bertindak ibarat menarik rambut dalam tepung.

dan bilamana saya rasa masalah itu sudah selesai,
ada pihak yang punya kepentingan,
ada pihak yang suka menangguk di air keruh,
buat onar,
putar belitkan cerita.

and people used my words against me,
tindakan saya semuanya salah,
kata-kata lembut dan diplomasi saya,
tiba-tiba 'bertukar' jadi herdikan dan caci-cerca.
Cubalah berfikir ikut waras akal,
dengan kebiadapan dan sikap baran,
masakan ada masalah yang boleh selesai?

Saya betul-betul kecewa, sedih,
Rasa tak cukup tanah nak betulkan keadaan, 
Nak jelaskan salah faham orang terhadap diri saya.

Alhamdulillah, saya cepat sedar,
untuk apa saya rusuh hati,
biar orang pandang kita keji, 
biarlah siapa sahaja nak reka cerita demi kepentingan diri,
saya rela nama dan diri saya terpalit cela di mata manusia, 
daripada cela di mata Sang Pencipta.
 
Saya tidak mahu ambil pusing lagi,
ikhtiar saya ternoktah di sini,
saya mahu kembali kepada kehidupan tenang saya,
langkah kita tidak sama, pemikiran juga berbeza,
dan saya juga tidak akan cuba bersihkan nama saya.

Terima kasih,
kalian sempat bekalkan saya pengajaran bernilai tentang hidup.
Tetapi ingatlah,
kalau hari ini kalian bisa menari,
dengan gah, bongkak, menindas orang,
memfitnah insan lain,
hari esok, 
mungkin ada langkah yang sumbang,
ada kaki yang tersadung.
dan bila sudah tersungkur,...
Ingat satu perkara,..Tuhan kita tetap sama. 
Allah yang Satu.



Pssst! Of course, coretan ini tidak ditujukan sama sekali buat rakan-rakan blogger saya heheheh


Tempe Masak Sambal Kicap Mudah

Tempe memang kegemaran saya. Hari ni nak kongsi satu resepi hidangan tempe mudah. Sedap makan dengan nasi panas atau ratah begitu sahaja. Tetapi, yang ini resepi campak-campak dan agak-agak tau! Tiada sukatan khusus. Ikut apa ada. Ikut citarasa kita.

Tempe Masak Sambal Kicap
Cara-cara Penyediaan:
  1. Tempe dihiris nipis. Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, beberapa ulas bawang putih, beberapa tangkai cili hijau dan sedikit cili padi (jika mahu pedas).
  3. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar buat seketika hingga sambalnya masak. 
  4. Masukkan beberapa sudu kicap. Bukan kicap pekat tau. Saya guna kicap lemak. Perasakan dengan garam. Bila rasa sambal dah OK dan kena dengan citarasa, masukkan tempe goreng. Gaul hingga sekata. Sedia untuk dihidang!
 

Tutorial Kraf Kertas - Cara Tajamkan Mata Craft Punch

Selasa, Mei 19, 2015

Baru-baru ini semasa sibuk menyiapkan tempahan kad hari ibu dan hari guru, saya perasan yang salah satu daripada craft punches saya dah tumpul matanya. Hasil tebukan jadi tak precise. Frust tengok!

Nampak tak? Bersisa-sisa kesan potongannya.