Terperap 2.0. Terima Kasih, Anies

Selasa, Ogos 18, 2015

Ingatkan insiden 'Terperap' (seperti dalam entri ini) tak akan berulang. Rupanya ada version 2.0. Sel-sel tua semakin menunjukkan penguasaan dominan dalam diri kihkihkih. Saya blogwalking ke blog Nina minggu lepas, baru perasan yang saya belum tulis entri penghargaan buat Khai♥Rin: anies.

Dah lama terima kiriman ini. Tak silap saya satu trip dengan Kad Hari Raya Nana Liena dan CT Humairah. Maaf banyak-banyak ye, Anies. Tidak sengaja! Tiap-tiap hari tengok Bloggers' Board, entah kenapa dalam kepala fikir yang dah tulis thank you entry.


Hadiah daripada Anies

Ops Senyum & Tinggal Alamat

Isnin, Ogos 17, 2015

Assalamu'alaikum.
Selamat mulakan minggu baru. Harap hari ini, ada sesuatu yang akan buat kita senyum.

Saya seharian di luar. Ada tuntutan kerja. Sementara saya tiada di tower, nak buat operasi khas. Operasi kumpul alamat kawan-kawan blogger.

Bagi yang sudi, (dan sebelum ni tidak pernah beri alamat surat-menyurat pada saya), tolong tinggalkan butiran kalian di ruangan komen. Jangan risau saya tidak akan terbitkan. Sengaja nak kumpul untuk simpan dalam rekod. Mana tahu ada rezeki lebih, bolehlah kirim something,..baru suprise sikit.

Ok, itu saja. Jumpa lagi nanti.

Gulai Ketam Nyum Nyum

Ahad, Ogos 16, 2015

Saya bukanlah seafood lover. Saya alah sedikit kalau makan udang dan sotong (tetapi kadang-kadang bantai jugak kalau teringin). So, tak adalah sampai nak pergi tepi pantai tepi laut semata-mata nak nikmati seafood segar. Kalau pergi makan dengan keluarga dan kawan-kawan, saya lebih enjoy makan ikan bakar.

Baru-baru ni masa borak dengan Cekebon, saya ceritalah yang saya dah lama tak makan ketam. Bertahun-tahun. Makan dekad kot! Crab sticks atau fillet tu biasalah. Tetapi, ketam fresh memang dah lama benar tak jamah. Nak masak ketam lagilah tak! Kat rumah ni, since Cekebon on strict low potassium diet,..banyak menu yang saya banned. Sekiranya ada antara kami yang teringin nak makan, pandai-pandailah masak untuk portion sendiri atau pergi enjoy makan kat luar. Jangan bagi sampai Cekebon terliur!

Cekebon buat suprise, tunaikan rasa teringin saya :)

Doa Murah Rezeki

Untuk sama-sama kita amalkan. Sudah agak lama saya tidak buat entri doa dan zikir. Saya sebenarnya sedang dalam usaha untuk compile doa, zikir dan amalan-amalan dimurahkan rezeki. Mudahlah nanti hendak diamalkan apabila sudah dikumpulkan. Saya kongsi dua ini dahulu ya. 


Kredit: darulmurtadza & syifa al-ikhlas