...Something that reminds me of tarian kecak
Khamis, September 17, 2015
Baru-baru ini, salah seorang kenalan rapat saya pergi bercuti di Bali. Sebelum ke sana, sempat dia menelefon saya dan bertanyakan sama ada saya mahu sebarang ole-ole yang spesifik dari sana. Bali? Tak terfikir apa yang saya inginkan, saya hanya doakan teman saya ini selamat pergi dan selama balik.
Dia: Oklah. Kalau macam tu aku belikan kau keychain ke fridge magnet ke,..
Saya: Itu semua kawan-kawan blogger aku boleh bagi! (Don't take this wrongly. Bukannya saya berlagak atau kufur nikmat. Tetapi, dengan teman saya yang ini kami memang biasa gurau-gurau kasar begini.)
Dia: Yelahhhhh, orang tu ada ramai kawan blogger best-best! (Teman saya ini, antara yang terlopong tengok Bloggers Board saya penuh dengan kiriman rakan-rakan maya. 'Unsangkarable!' Omelnya yang sukar comprehend the facts that saya tak pernah jumpa pun dengan kawan-kawan blogger saya.) Habis tu, apa kau nak ni? Nanti sampai sana senanglah aku cari!
