Ini salah satu hidangan hujung minggu lepas. Kononnya mood cuti, mood santai hujung minggu. Malaslah nak masak. Lagipun, ahli isi rumah semua ada plan kat luar. Tak kalutlah nak sediakan meal.
Niat hati nak makan apa ada jelah. Roti ke,..biskut ke,..Alih-alih menjelang tengah hari, perut dah menggigil lapar nasi! Nak tak nak, korek peti ais. Kemudian, kelentung kelentanglah saya di dapur. Huhuhuh demi sesuap err,..sepinggan besar nasi :)
Tattadaaaaaa!
Nasi Goreng Telur Masin a.k.a Salted Egg Fried Rice
Salted Egg Fried Rice |
Kebetulan jumpa lebihan telur masin, terus buat nasi goreng ni. Makan bersama kerecek (atau ada setengah-setengah tempat panggil inang-inang) dan sambal minyak bali. Resepinya di sini.
Nak cuba buat? Simple je. Mula-mula, tumis beberapa tangkai daun kari dengan satu/dua sudu besar mentega. Then, masukkan bawang besar dan lobak merah yang didadu. Saya gunakan isi ayam dan fishcake sebagai rencah. Dadukan dan goreng seketika hingga masak. Hancurkan telur masin dan tumis sekali bersama bahan-bahan tadi. Masukkan nasi dan goreng hingga semuanya tergaul sekata. Perasakan garam dan sedikit rasa sulah (jika perlu).
Alhamdulillah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati :)
Alhamdulillah..sedap tu..:)
BalasPadamMasa lapar,..semua sedapppp hihihihi
Padamhaa tu tekak Rose.. kalau lapar, semua pun rasa sedap :)
PadamItu sebab nikmat makan time lapar kan,.. :)
PadamErm...wana yg lapar tengok ni..huwaaaa!!! Nak dtg umah akak la nak minta masak nasi goreng ni..bleh???
BalasPadamJauhnya nak travel semata-mata nasi goreng! Wana masak lagi sedaplah :)
PadamWah kreatif la kak farah ni, dalam masakan pun sama hehe. Tak pernah terfikir
BalasPadamHihihi guna apa ada dalam peti ais je, Zarith. Kita godek2 asal leh makan :)
PadamSalam singgah pagi FM.....wahh...pepagi makan nasi goreng telur masin...sedap tu....terus lapar diana kat kejauhan ni....
BalasPadamPagi, Diana! Maaflah jamu mata dari jauh je :)
PadamMasinlah nasi goreng ni kan bila pakai telur masin?
BalasPadamSedang-sedang aja masinnya, Farah. Tapi tak perlu bubuh garam dah :)
Padamnampak sedap nasi goreng tu farrah..
BalasPadamBolehla, Aiza. Buat isi perut time lapar :)
Padamsedappnya.. yang pasti, masin kan?? hehe
BalasPadamdah nama pon telur masin... he he he
Padamkah kah kah...intan intan.....telur masin tu tak delah masin....kalau x nk masin x perlu letak garam...
PadamBila kita dah gaul dgn nasi, tak terasa sangat masinnya. Just nice :)
Padamsedap ni..makan pulak dgn hirisan bawang & cili..teringat kat ketam telur masin...*gulp*
BalasPadamFuhhhh! Ketam telur masin,...lagi kawwww!
Padamtak pernah lagi campur telur masin kalau goreng nasi..
BalasPadamLepas ni ros boleh cuba :)
PadamKak farah, tapau utk wawa satu.. Blh makan time keje..hihi
BalasPadamAlamak sorry, dear. Dah abis tapau masuk peyot :)
PadamCili padi tu betui2 mengiurkan...
BalasPadamKalu SS telan Cili padi tu takut idung tanggal... ha ha ha
Padamkalau telan cili padi...mahu cirit 10 hari lah SS,,,,lain lah kalau telah belacan....mmg tercabutlah hidung tu ehehehe
PadamI'm avoid belacan..
Padam@Mummy Julia - makan dgn cili tu yg terangkatttttt!
Padam@SS - tak leh makan jgn usik ye SS,...nanti hidung tanggal susah nak minta HH tolong lekatkan balik
@Sis JM - sis tahan dak makan cili, ke sama keadaannya cam SS?
Nampak sangat menyelerakan...
BalasPadamJemput jamu mata, Zumal :)
PadamSuka jugak ni... tapi tak semua pandai masak.... look so yummehhhh....
BalasPadamDon't worry, akak dah makankan bagi pihak Sha :)
PadamSS biasa makan telur masin dengan bubur nasi je... Ske putih x ske kuning! ha ha ha...
BalasPadamnaper x suka kuning telur..mesti rasa cam pasir kan tul tak?
PadamTak suka kuning... leh gitu? Ha Ha Ha...
PadamTerbalik ah. Saya paling suka kuning telur,..meskipun tau byk kolestrol huhuhuh :)
Padamsaya kelaparannnnnnnnnnnn
BalasPadamGi makan cepat!
Padamsedappppnyaaaaa
BalasPadamMemang dap dap dap. Kak Mie, is that you? =)
Padamnampak sedap betul, tak pernah rasa..
BalasPadamNanti boleh cuba buat, Eyda :)
PadamFarrah!!! u ni kan...bukan sahaja kreatif dalam craft tetapi kreatif juga dalam masakan.....ada je idea tu...sis JM pun belum pernah masak nasi goreng teluar masin...kalau nasi goreng ikan masin mmg biasa, nasi gereng kampung, nasi goreng cina itu biasa...ni nasi goreng telur asin..menarik!
BalasPadamKalu dah try nti ajak SS eh... ha ha ha..
PadamHihihi tak delah kreatif mana, sis...ni namanya kita sambar apa yg ada. Cubalah sis. Lepas tu leh ajak Kanda SS kita makan sama :)
Padamsebelah nasi tu apa eh...keropok?
BalasPadamItu nasi goreng yg keringkan tu... pe tah nama....
PadamBetul, tu nasi/pulut yg dikeringkan. Then kita goreng. Kat tempat saya panggil inang-inang atau kerecek.
Padamgoreng nasi letak mentega..mesti rasanya lagi sedap kan...biasa goreng guna minyak masak je...klau guna planta or marjerin mesti rasa lemak2 ke mcm mana
BalasPadamnasi lebih lembut.. Bau wangi... dan rasa lagi sedap..
PadamBetul tu, SS. Memang lebih menyelerakan sebab aroma dan rasanya lebih ummmphhhh! Saya suka gabungan mentega, telur asin & daun kari. Yummmyyyy!
Padamtetiba laporrr pulak.... hihihihi... dlm bekas yg ad lada tu apa sis??
BalasPadamItu sambal minyak bali, Ikhwan. Buat lawan makan dgn nasi goreng :)
PadamHok aloh telur masin buat sendiri habis dah tak dapat nak cuba la resepi ni
BalasPadamBuatlah batch baru, Ekin :)
Padamakak reka sendiri ke resipi ni?
BalasPadamnampak sedaplah, lapar dibuatnya
Nak kata reka sendiri tu tidaklah,...kan selalu ada resepi ketam telur masin, ayam telur masin,..akak cubalah pula buat nasi goreng telur masin :)
Padamsedapnya tgk nasi goreng tu..nyummy3 :)
BalasPadamYummmy yummmm! :)
Padamakak that thing tu.. kerepek nasi yang macam kena jemur tu.. apa e ?
BalasPadamakak notice tak.. telur masin punya resepi skrang gone viral online.. idk why..
BalasPadamsemua orang dok repost la dok share resepi pasal telur masin.. hehehe..
dulu opah sllu buat jual tau..
BalasPadamktorang panggil rengginang tau kak farrah...
hahaha bukan nak komen nasi goreng kan...