Bit off more than I could chew,..

Selasa, Januari 12, 2016

Assalamu'alaikum,

Hari ke 12 untuk 2016. Saya masih tercari-cari langkah. Nak urus hidup, urus kerja, urus itu ini. Semuanya chaotic. Rutin harian belum cantik rentaknya. Memang asyik terkejar-kejar.

Seiring dengan bermulanya sesi persekolahan yang baru, saya mula dibebani dengan KERJA. Yelah, budak-budak dah mula sekolah, mulalah kelas pondok saya. Hujung tahun lepas lepak santai je. Kalau ada kelas pun cuma kelas budak calon peperiksaan dan kelas intensif bahasa. Sekarang ni baru kelam kabut nak cari feel dan semangat rajin. Semangat,... Mana semangat?!

Kemudian, bermula 2016 ni saya terlibat dengan beberapa tugas tambahan. Ambil job editing lagi. (Meskipun setiap kali selesai kerja edit-mengedit, saya janji pada diri itulah yang terakhir huhuhuh) Dapat several tasks untuk party planning and agreed to help a friend of mine untuk kendalikan kelas public speaking.Why did I agree to this?! Saya ada 48 jam ke sehari?

Imbas Kembali - Teman Sepanjang 2015

Isnin, Januari 11, 2016

Kembara 2015 saya, FAMF Tower dan teman-teman. Hari berganti minggu berganti bulan, tower saya tidak pernah sunyi daripada kunjungan dan kata-kata mereka. Bukan jumlah komen yang sebenarnya jadi hitungan, tetapi keberadaan mereka, keramahan dan keceriaan yang dihulur amat bermakna. Mereka sentiasa adakan masa untuk ziarah saya, berinteraksi, beri pandangan, tukar cerita,..

1/12

Teringin Aiskrim Kopi!

Jumaat, Januari 08, 2016

Kes teringin nak makan aiskrim kopi ni boleh kira cerita basi. Cerita tahun lepas. Entah kenapa teringin sangat nak makan aiskrim perasa kopi. Setiap kali pergi shopping beli barang dapur, mesti akan ke bahagian dingin beku, inspect deretan aiskrim semata-mata nak cari flavour kopi. Nak dijadikan cerita, sikit punya banyak aiskrim yang ada, macam-macam saiz, macam rasa, satu je perasa yang tak ada. KOPI! Sepanjang bulan Disember saya memburu aiskrim kopi saya tetapi tak ada rezeki.

Akhirnya, Bott yang saran suruh buat aiskrim homemade. Ting! Geliga jugak otak si Bott ni. Kenapalah saya tak terfikir? Dah susah-susah cari tak jumpa, kita bikinlah aiskrim kopi sendiri :)

Dalam simpanan saya, ada dua resepi aiskrim homemade yang mudah, easy peasy. Satu menggunakan susu pekat dan ovalette manakala satu lagi menggunakan susu full cream dan Coffeemate. Untuk percubaan yang pertama ni, saya pilih resepi susu + Coffeemate.

Assalamu'alaikum.
Ini bukan entry GA atau segmen.
Ini juga bukan entri Jom Cuba Nasib.
Hanya entri suka-suka.

Saya ada dua pek Washi Tape Fridge Magnet DIY Kit untuk diberi sebagai hadiah. No idea what it is?
Pelekat Peti Sejuk yang dibuat menggunakan washi tapes seperti dalam gambar di bawah.

...dan ini pek DIY Kit nya.