Khàwp Ja̖i Lãi Lãi, Nina Garcia

Rabu, Februari 03, 2016

Assalamu'alaikum,
Entri ini khas buat Nina Garcia yang jauh di utara. Sebenarnya saya terima kiriman daripada Nina dah berminggu-minggu dah,..tetapi almaklum sajalah,..apabila kesibukan menghambat diri,..banyak sangat benda nak dibuat yang tertunda.

Kadang-kala apabila saya tiada di rumah dan kebetulan adik posmen ada kiriman yang perlu dihantar ke rumah jiran sebelah, jiran saya akan ambilkan parcel bagi pihak saya. Kebiasaannya, barang-barang yang saya tebus dari Woop lah. Jadi, apabila jiran saya telefon dan maklumkan ada parcel, saya lengah-lengah je. Nanti dululah,..esok lusalah...kerana ketika itu memang hanya expect kiriman daripada Woop.

Sekali, apabila pergi claimed, ada dua bungkusanlah! Kiriman tidak diduga daripada Nina! Apa yang saya terima? Jeng jeng jeng!

Tetamu Hebat Januari 2016

Selasa, Februari 02, 2016

Assalamu'alaikum.
Happy February!
Entri pertama untuk bulan ini ialah entri penghargaan khusus buat tukang komen - tukang komen berjari pantas dan panas!

Tattadaaaaaaaaa! 

Kek Lemon 90 saat

Ahad, Januari 31, 2016

Susulan kepada entri Selera Sitrus beberapa hari lepas. Inilah resepi mudah-super-duper-simple kek lemon 90 saat saya. Rasa-rasa craving inginkan sesuatu yang manis dan segar, boleh cuba buat kek ni. Tak perlu kepakaran. Kalian hanya perlu sukatan bahan yang betul dan of course, sebuah microwave. Kalau pakai, dapur arang ke, pemanggang ajaib ke,..tak jadi ye. OK, jom tengok resepinya.


Kek lemon dalam mug Cekebon :)

Resepi Kek Lemon 90 Saat

Saiz hidangan: 1 mug/1 pax
Mug kat atas tu jenis yang besar gabak. Cekebon takut kek lemonnya melimpah keluar. Tetapi, kalau guna mug saiz biasa, cantik je kejadiannya 3/4 penuh mug.

Selendang Pelengkap Gaya

Khamis, Januari 28, 2016

Satu keunikan dan kelebihan Malaysia ialah rakyatnya yang berbilang kaum, bangsa dan anutan agama. Kepelbagaian ini secara tidak langsung membolehkan kita belajar untuk hidup menghormati satu sama lain, side-by-side, bebas mengamalkan cara hidup, budaya dan ritual agama masing-masing dengan penuh tolenrasi dan aman. Betul tak?

Okay, kita luaskan topik sedikit. Dek kerana wujudnya variasi ini, maka budaya harmoni sudah lama sebati dalam diri kita. Kita mudah untuk mendapatkan pelbagai pakaian tradisional yang mempamerkan ciri-ciri kaum dan adat masing-masing. Malah, pemakaian pakaian tradisional ini tidak terikat kepada satu-satu kaum sahaja. Gadis berbangsa Cina atau India memakai sepersalinan baju kurung bukan sesuatu yang aneh. Jejaka Melayu yang mengenakan kurta juga bukan sesuatu yang pelik pada pandangan mata.

Tidak dinafikan, pakaian tradisional Melayu dan busana Muslimah merupakan antara yang paling popular. Kedua-duanya mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran. Haaa,..hari ini kita angkat bicara soal selendang. Tudung wanita adalah antara produk bagi kedua-dua kategori di atas yang sering menjadi pilihan utama dalam kalangan wanita Malaysia. Tudung adalah antara persalinan penting yang perlu dipadankan sebagai pelengkap gaya selain daripada beg tangan, kasut dan aksesori lain.