Your Mail Is On Its Way =)

Khamis, Februari 18, 2016

Assalamu'alaikum,

Hari ini seharian saya di luar. Kumpul semua urusan, langsaikan sekali harung. Alhamdulillah, gembira sangat sebab hari berjalan dengan lancar, urusan-urusan dapat dilunaskan dengan sempurna. Termasuklah projek posto. Hehehe projek posto ni urusan hadiah, gifts, souvenirs untuk rakan-rakan blogger. Projek terkumpul sejak hujung tahun lepas lagi. Jangan risau. Saya tidak lupa. Janji tetap janji. Dah niat nak beri. Kena tunaikan juga walaupun ambil masa.

Disebabkan saya ini pelupa orangnya, saya ada gift tracker. Khusus untuk buat senarai siapa yang saya nak beri hadiah, apa hadiahnya, apa status hadiah - dah bungkus, dah hantar, dah terima. Mudah nak keep track.

Gift tracker ni bagus dan memudahkan kita untuk organize bab bagi-bagi hadiah. Saya belajar guna gift tracker tidak ingat di mana. Tetapi saya pernah came across orang guna gift tracker untuk buat senarai hadiah sempena Krismas.

Di bawah ini contoh lembaran gift tracker saya.
My Gifts Tracker - 1st page

All The Way from OSAKA

Rabu, Februari 17, 2016

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah. Saya terima happy mail lagi. Kali ini daripada Intan (Dorsett Pink). Intan telah bercuti di Jepun sekitar bulan November tahun lalu. Tak sangka, ada rezeki merasa ole-ole dari sana.

Hadiah daripada Intan.
Saya dapat pek sampul surat cantik yang Intan beli di Osaka. Katanya, apabila ternampak sampul tu, teringat pada saya. So sweet and thoughtful of you, Intan. Memang saya suka sangat sampul suratnya. Cantik!!! Dari dulu fascinate dengan seni lipat-lipat dan origami Jepun. Even cara mereka lipat surat/ sampul surat pun unik berseni.

Resepi Pai Nanas Mini

Selasa, Februari 16, 2016

Assalamu'alaikum,

Ini satu lagi resepi mudah menggunakan puff pastry. Mini pineapple pie. Panggil puff nanas pun boleh kot. Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini,  puff pastry yang saya maksudkan bukanlah yang kita buat from the scratch Puff pastry ini yang instant dan sedia untuk digunakan. Jenama KAWAN. Hanya biarkan puff pastry selama lebih kurang sepuluh ke lima belas minit pada suhu bilik. Once dah lembut, bolehlah kita buat pai nanas kita :)

Mini Pineapple Pie

Kiriman Bermakna daripada Sis Sheila Adziz

Isnin, Februari 15, 2016

Assalamu'alaikum,
Ini merupakan entri penghargaan khusus buat Sis Sheila Adziz. Sebenarnya saya terima kiriman daripada Sis Sheila dah beberapa minggu dah. Unfortunately, setiap kali nak buat entri terima kasih, setiap kali itulah ada urusan yang magically appeared depan mata. Tangguh. Hari seterusnya, elok je nak mula menaip, tiba-tiba rasa mengantuk datang bertimpa-timpa! Keyboard pun nampak berbalam-balam. Tunda. Bila nak siapnya? Ni baru gigih nak menaip. Siap pesan kat diri sendiri, selagi tak siap entri ni tak boleh ngelat nak publish entri lain. Yelah, orang berbudi, kita berbahasa kan,...tak bolehlah asyik pandai 'menerima' je :)

Saya terima kiriman bermakna ini kerana saya merupakan salah seorang pengomen terbanyak di blog Sheila Inspire. Dapat sebuah buku Energi Asmaul Husna dalam Pekerjaan oleh Dr. Wan Maseri Binti Wan Mohd dan Ustaz Abd Latiff Bin Abdul Haliff, beberapa salinan Asmaul Husna dan beberapa salinan Amalan-amalan untuk Menjadi Seorang Pelajar Cemerlang. Gembiranya hati Allah sahaja yang tahu. Hadiah ini, bukan sahaja saya dan keluarga dapat manfaatkan, malah ada bahagian untuk anak-anak murid saya juga.