Poskad Budak Kikis Salji
Selasa, Mac 01, 2016
23 haribulan lepas, masa masuk kelas nampak ada sekeping poskad atas meja kerja saya. Terus senyum meleret! Poskad Korea. Dapat agak dah daripada siapa. Siapa lagi kalau bukan si Sitiroro. Awal tahun hari tu, Siti menjejak bumi Korea bersama-sama akak Jari Manis kita. Sis JM dan Korea berpisah tiada. Pergi Korea macam trip balik kampung je.
Seronoknya, mereka berpeluang ke sana pada musim sejuk. Merasalah suasana winter di Korea. Cuma tak ada rezeki nak experience snowfall. Jumpa salji pun kat tempat ice skating. Puaslah cik adik seorang ni dok mengikis salji untuk buat snowman,..buat photoshoot. Ahaks! Itu yang panggil 'Budak Kikis Salji' tuh! ;)
Siapa-siapa yang langgan Astro, kebiasaannya apa yang kalian tebus (redeem) dengan mata Astro Circle? Saya memang tak pandang benda lain. Saya guna Astro Circle points saya untuk dapatkan rebat. Setakat ini ada dua pilihan, Rebat RM5 (500 mata) dan Rebat RM10 (1000 mata). Points nak kena kumpul dah semakin tinggi. Dahulu, kalau nak tebus yang RM10 tu hanya perlukan 600 ke 700 points sahaja. Sekarang sampai 1000!
Baru-baru ini apabila semak bil, saya tengok mata Astro Circle saya ada dalam seribu lebih. Apa lagi,... mari kita redeem RM10 rebate. Nanti, amaun ini akan ditolak pada kitar bil yang seterusnya. Jimat sepuluh hengget! Bagaimana nak redeem? Mudah. Pergilah ke laman Astro Circle dan log masuk. Jika belum ada akaun, register terlebih dahulu.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)