Kembali | Gerhana dan Telur Berdiri | Babah
Rabu, Mac 09, 2016
Assalamu'alaikum, I'm backkkkkkkkkkk! Baru terkedek-kedek bawa vacuum cleaner nak kemas tower, nak buang sawang,..eh, spick and span?! Bersih berjaga tak berhabuk tak berdebu. Sebab apa? Sebab kalianlah,...susah-susah je datang jalan-jalan sini tinggal jejak dan komen meskipun tower tak berpenghuni :) Lebih-lebih lagi ada Ikhwan Yusuff sebagai Ketua Hulubalang dan Ketua Inang, Cik Yana yang Halus dan Lembut,...tidak sempat sunyi menara saya. Tengoklah bilangan komen yang mereka tinggalkan. Thanks so much. Terharu tau!
Buat adik-adik dan teman-teman yang lain, terima kasih juga kerana sudi datang, main-main dan lepak di sini sepanjang ketiadaan saya. Saya dah balik ni, bolehlah mula panaskan enjin nak pergi serang kalian pula. Tunggu ye,...Insya-Allah, saya terjah satu demi satu.

