Kalau tak boleh pam ... potong jer!

Isnin, Mei 02, 2016

Assalamu'alaikum,
Selamat datang Mei! 2 haribulan sudah! 
Hari ini saya nak kongsi tips untuk botol losyen berpam. Selalunya apabila kandungannya mula surut dan makin sedikit, kita susah nak pam losyen keluar. Jangan terus buang ye. Buka botol, intai dulu banyak mana lagi tinggal isi kandungannya.



Macam botol Ezerra di atas ni. Pam pam,..yang keluar secotet jek! Pam dah nak sampai mengah dah! Disebabkan di dalamnya ada losyen lagi, jadi saya akan potong dan pendekkan botol ni.

Petua untuk Rawat Batuk dan Gatal Tekak

Khamis, April 28, 2016

Jika sebelum ini saya ada bercerita tentang khasiat minyak kayu putih untuk kurangkan batuk berkahak (sila baca di sini), hari ni saya nak kongsi satu home remedy yang boleh dijadikan penawar untuk gatal tekak. Kadang-kadang, apabila kita batuk, tekak akan rasa gatal dan ganggu rutin harian. Nak tidur pun susah! Dengan batuk yang tanpa henti,... rasa gatal merenyam... akan buat kita rasa betul-betul tak selesa!

Cuba petua mudah ini. Ambil sebiji lemon, seketul halia dan madu. Sukatan halia, agak-agaklah biar lebih kurang dengan lemon. Hiris memanjang dua bahan tersebut. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan madu hingga cover hirisan-hirisan tadi. Jangan letak terlalu banyak. Gaul sekata. Simpan di dalam peti sejuk. Campuran madu akan menjadi cair sedikit disebabkan jus daripada lemon.

Campuran Madu

Apabila tekak rasa tidak selesa disebabkan batuk, bancuh campuran madu ini (satu sudu besar) dengan secawan air panas. Minum. Jika selalu batuk dan rasa gatal pada malam hari, sediakan minuman ini awal-awal dan letak di sisi katil. Setiap kali batuk, minum air campuran madu ini untuk basahkan tekak. Insya-Allah, rasa gatal akan berkurang dan hilang. Boleh sambung bobok.

Tetapi, jika batuk dan rasa gatal tekak masih berlanjutan, kenalah jumpa tuan doktor. Mungkin tekak kena infection dan perlukan antibiotik :)



Resepi Ikan Bilis Goreng dengan Petai

Rabu, April 27, 2016

Satu lagi resepi yang simple tapi super yummy! Siapa penggemar petai di sini? Kita boleh geng! Saya kalau dapat petai, tak kisahlah yang biasa, berebus atau yang berjeruk, memang suka bangat! Pekedai runcit kat area rumah saya pun, kalau ada orang letak petai kat kedai, confirm akan beritahu saya ;)

Kebiasaannya, saya makan cicah dengan budu atau buat sambal petai. Tetapi, kali ini kita buat goreng-goreng, tumis-tumis je. Bahan-bahan yang diperlukan: Hirisan bawang besar (terpulang nak banyak mana), hirisan bawang putih (2 - 3 ulas), hirisan cili merah (2 - 3 tangkai), ikan bilis (digoreng), petai secukupnya dan minyak masak untuk menumis. Oh, bagi yang tidak biasa makan petai raw, boleh rebus petai terlebih dahulu.Orang tua-tua kata, bila kita rebus petai tu, kuranglah sikit bau hebatnya.

Chords Hidup Dalam Mati - Syamel AF (Easy Chords)

Selasa, April 26, 2016

Maaf banyak-banyak pada yang requested, minta kord mudah untuk lagu ini. Sebenarnya saya dah siapkan chords Hidup Dalam Mati ni minggu lepas lagi, tetapi tak ada kesempatan nak taip dan buat entri. The original chords pakai Em dan ada F#m. Jadi, bagi sesiapa yang nak elak F#m tu, bolehlah cuba pakai chords ini ;)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord dan Lirik Lagu Hidup Dalam Mati - Syamel (Easy Chords)




(Intro)
Am F Dm B7
Am F C B7


Am E
Lakaran lukisan tak berwajah
Am E
Meronta ku di dalam kesunyian
Dm Am
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
B7 E
Sendiri ku di sini pilu