Sambal Ikan Bilis Asam Belimbing
Selasa, Julai 19, 2016
Sambal ni buat dah lama sebenarnya. Masa bulan puasa hari tu. Kebetulan, pokok belimbing buluh kat belakang rumah berbuah. Lebat juga. Stok ikan bilis pun banyak, jadi buatlah sambal ikan bilis asam belimbing. Sambal ini lebih kurang seperti sambal hitam tradisi negeri Pahang cuma saya lebihkan penggunaan belimbing dan cili apinya. Lebih masam, lebih pedas.
Kalau ikut resepi sambal hitam, ikan bilisnya ditumbuk kasar. Saya nak buat banyak sambal ni. Memang awal-awal tahu diri tidak akan segigih mana nak tumbuk ikan bilis. Makanya, kita guna blender kering. Selepas ikan bilis dibersihkan, dibasuh dan ditus, blender sekali dengan cili api. Hasilnya akan jadi seperti di bawah.