Resepi Smoothie Avokado
Selasa, November 01, 2016
Avocado Smoothie |
Avocado smoothie merupakan antara smoothie kegemaran saya. Rasanya hampir setiap pagi, on my 'hari tanpa kopi', saya akan buat avocado smoothie. Lagipun, di tempat baru saya sekarang, mudah sangat nak dapatkan stok alpukat. Kedai kat hujung jalan ada jual. Boleh buat delivery untuk orang malas bergerak macam saya pulak tuh! Hanya satu panggilan, beberapa biji buah alpukat selamat sampai ke doorstep! :)
Siapkan Syawal Scrapbook
Isnin, Oktober 24, 2016
Belakangan ni, saya lebih gemar buat scrap page (untuk scrapbook) apabila ada masa terluang. Sibuk-sibuk mengemas barang di bilik kraf, nampak kertas dan embellishments yang cantik, terus rasa nak buat scrap page. Lagipun, banyak projek scrapbook saya yang tertunda :)
Kali ini nak mulakan projek scrapbook Syawal saya. Satu page pun tak buat lagi. Saya ada banyak lebihan kertas skrap dan nak gunakan lebihan-lebihan kertas tu untuk buat potongan berbentuk bulat dan scallop. Lagipun, inilah peluang saya nak main-main dengan Diamond Press Tool saya. Boleh baca mengenainya di sini.
Sebab masa saya agak terhad, saya pilih layout yang simple. Putih sebagai latar dengan susunan bentuk bulat dan scallop di atasnya. Kemudian, barulah ditambah dengan gambar dan hiasan kraf yang sesuai. Something simple but nice.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)