Terjah Dunia Whimsical Beauty and The Beast
Khamis, April 06, 2017
Isnin lepas, saya memang ada di sini. Isnin saya tak kerja. So, menjeruk jelah di rumah Cekebon. Tengah layan kantuk, tiba-tiba Cekengah called. Dia kata dia ambil half day, ajak saya tengok Beauty and The Beast. Bisa! Bisa! Sepantas kilat saya dan Bott bersiap. Jumpa Cekengah di e@Curve, Mutiara Damansara.
Kitorang masuk slot 1.30 petang. Dari mula scene, sampailah ke credit title,.. I really enjoyed myself. I mean, faham-faham sajalah cerita fairy tales bagaimana kan. Best! Whimsical!💫 Start je filem, saya dah masuk dunia Beauty and The Beast. Tak fikir apa-apa dah pasal kerja ke, komitmen lain ke, barang dapur nak kena beli ke,...semuanya put on hold. It was indeed a good break from my tiring and hectic schedule. Was enticed by each and every scene and all the songs played throughout the movie. Secara keseluruhannya, saya memang puas hati! Cuma secara peribadi, saya lebih suka si Beast berbanding bila dia dah tukar semula jadi manusia. Hehehe rasanya beast lagi comel kot! 😆
Tetapi, kata-kata saya ini hanya boleh diguna pakai untuk kalian yang minat cerita-cerita dongeng begini. Kalau ada yang spesies macam Bott, (cerita Avengers,..Optimus Prime takluk bumi dan disasters apokalips semua dia boleh hadam, tetapi cerita Beauty and The Beast dia kata tak make sense,...) maaf banyak-banyaklah ye. This is not going to be your cup of tea.