Mi Lejen Bott
Selasa, Ogos 08, 2017
Okay, nama je Mi Lejen. Tetapi tak adalah legend mana. Lejen bagi saya dan Bott je. Resepi mi ringkas ini selalu jadi pilihan kami apabila kami di rumah, kelaparan dan malas fikir nak masak apa. Jadi, Bott akan ke dapur dan masak mi lejen. Hidangan ini hidangan ringkas, guna sayur-sayuran yang ada dalam peti sejuk.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ini, seperti yang saya nyatakan tadi - apa bahan yang ada, cuma main ingredients-nya sayur-mayurlah. Boleh pilih guna mi kuning, bihun, yee mi (mi claypot) atau mi sua. Untuk base kuahnya, Bott akan guna stok ayam atau stok sayur. Stok sayur selalu kami buat guna lobak merah dan saderi kemudian simpan dalam freezer. Stok sayur ni nak buat stew pun senang.
Jika nak lagi berperisa, boleh guna sedikit ikan bilis, udang kering atau kaki ayam untuk buat base soup. Masukkanlah hirisan bawang merah/bawang besar, hirisan bawang putih dan sedikit hirisan halia. Setelah itu, masukkan sayur-sayur yang ada mengikut cita rasa - kubis, sawi, pak choy, tomato, lobak merah, saderi,..apa sahajalah yang ada dalam peti sejuk. Masukkan dalam periuk. Reneh seketika. Kemudian, perasakan dengan serbuk lada hitam/lada putih dan garam secukup rasa.