Tempus Fugit
Khamis, September 20, 2018
Assalamu'alaikum.
Seperti biasa, timbul tenggelam timbul tenggelam dan buat kesekian kalinya saya timbul kembali di blog ni. Rindu betul akan tower sunyi sepi saya ni. Hendak buat macam mana, banyak benar urusan di luar yang perlu dilunaskan.
Entri terakhir saya 12 September. Rasanya macam tak adalah lama sangat saya tinggalkan blog. Entri draf pun makin lama makin bertambah. Tak dan nak publish. Tahu-tahu dah 20 September! Baki 10 hari je lagi untuk bulan ini. Alahai, tempus fugit!
Tempus fugit ini merupakan istilah latin yang bermaksud masa berlalu begitu pantas. Dah lama tak guna. Dahulu semasa belajar, tahulah sedikit sebanyak istilah latin dan singkatan (abbreviation) yang diambil dari bahasa latin. Sekarang 'wes tuek' [ baca: sudah tua ;) ], dah tak ingat sangat dah. Otak dah berkarat. Tetapi, dalam karat-karat tu, tempus fugit memang tak saya tak lupa. Personally, saya macam fascinate dengan phrase yang satu ini. Setiap kali tak menyempat siapkan assignment, bukan main lagi guna alasan tempus fugit. Hahaha! Bukan laku pun!