Sate Berkuah Keju Satay Hut Tanjung Karang
Khamis, November 01, 2018
Sate berkuah keju? Ya, kalian tak salah baca. Memang berkuah keju. Menarik kan? Ini antara pilihan hebat yang kalian dapat nikmati jika berkunjung ke Satay Hut, Tanjung Karang. Sebenarnya, saya tidak pernah pergi makan di kedai itu sendiri. Jauh. Saya pula bukan jenis yang suka jalan jauh merata semata-mata untuk cari makan. Lainlah kalau dah lalu kat kawasan tu. Tetapi, alhamdulillah. Meskipun tidak sampai ke sana, saya sudah berpeluang merasa keenakan sate Satay Hut ini beberapa kali kerana Cekengah rajin pergi dengan kawan-kawan office.
Sate di Satay Hut memang sedap dan kena dengan selera saya. Perapannya berasa sampai ke isi daging. Cukup rasa. Tak bland. Kuah kacangnya pekat. Kalau rasa bosan makan sate saiz biasa (bagi saya portion secucuk agak besar juga, tak keding. Lihat gambar di atas.), kalian boleh order sate bersaiz jumbo. Memang jumbo dan besar sate-satenya! Yang ini saya tak pernah cuba. Tengok gambar sahaja.