Glue Tapes untuk Kraf Kertas

Isnin, Disember 03, 2018

Dalam buat kad atau buat scrapbook, saya gemar gunakan glue tapes berbanding adhesives yang lain. Ada banyak jenis gam untuk kraf kertas - ada adhesive dots, clear glue, double sided tape, foam tape. Masing-masing ada fungsi dan kegunaan tersendiri.

Tetapi yang paling banyak saya guna ialah glue tapes. Pertama, sebab sangat convenient. Mudah nak digunakan. Kita tinggal gelek (roll) pada bahagian yang kita nak tampal tu. Kedua, less messy. Tidak comot, tidak sememeh jika dibandingkan dengan gam biasa/gam cecair. Pada masa yang sama, kita dapat jaga kualiti kad atau projek kraf yang kita buat. 

Bukan apa, kadang-kadang kertas yang digunakan tu nipis. Kalau kita guna gam biasa, berkemungkinan besar akan basahkan kertas. Nasib tak baik, kertas tu akan kering dalam keadaan menggelembung. Tidak!!! Sebelum ini saya pernah guna glue stick yang macam UHU tu. Tidak kena dengan saya. Sometimes gamnya tak berapa kuat. Tak melekat.

Jadi, saya memang lebih suka guna glue tapes. Di bawah ini, antara glue tapes yang biasa saya guna dan sentiasa ada dalam koleksi saya. 


Saya tidak beli glue tapes di kedai jual barangan kraf seperti Spotlight. Di sana, glue tapes agak mahal sebab berjenama dan diimport dari luar negara. Yang biasa saya gunakan, beli di POPULAR,  jenama Norino (yang lonjong bertutup biru dan monsters comel-comel tu). Lagi satu saya beli di kedai alat tulis SPP di Sungai Buloh.


Bab Akhir untuk Buku 2018

Sabtu, Disember 01, 2018

Assalamu'alaikum,

1 Disember 2018. Selamat datang, Disember! Ada 30 hari lagi sebelum kita masuk ke fasa baharu 2019. Cepatnya masa berlalu! Semoga bulan terakhir ini dapat kita penuhi dengan macam-macam perkara bermanfaat. Saya tengah semangat ni. Saya nak jadikan Disember ini sebagai bulan produktif saya. Siapa nak join?


Seperti biasalah, bila sampai hujung-hujung tahun begini, mulalah kita berkira-kira sejauh mana azam 2018 dah tercapai. Kalian bagaimana? Alhamdulillah, jika tengok checklist saya untuk tahun ini banyak jugalah yang bertanda 'tick'. Target saya, kalau 75 peratus tercapai dah kira OK lah kan.

Tips Merancang Parti yang Hebat

Jumaat, November 30, 2018

Andaikan kalian ingin menganjurkan parti atau majlis keraian, tentu mahu majlis tersebut berjalan lancar dan tinggalkan memori hebat kan? Tak susah nak merancang parti sebenarnya asalkan ada perancangan dan perlaksanaan yang betul. In fact, apabila kita rancang sendiri sesuatu majlis tu dari awal, from the scratch, kita sendiri akan rasa lebih puas hati.

Jadi, bagaimana nak jadi hos kepada sebuah parti yang hebat? Bulan lepas, saya ada tulis artikel mengenai party planning - What You Need to Throw An Awesome Party Your Guests Will Never Forget untuk terbitan Thread by Zalora. Baru sekarang sempat nak update di blog. 

Well, di bawah ini merupakan sebahagian daripada tips yang ingin saya kongsi.




1. Apa, bila, siapa dan di mana.
Langkah pertama untuk mula merancang keraian kalian ialah dengan menetapkan butiran-butiran asas.

  • Apa - apa jenis parti yang akan diadakan, bertema ataupun tidak, formal atau kasual
  • Bila - tarikh dan masa parti bakal diadakan
  • Siapa - siapa yang bakal dijemput sebagai tetamu
  • Di mana - tempat parti bakal diadakan, rumah, restoran, indoor or outdoor

Akhirnya Jumpa Jalan Pulang

Khamis, November 29, 2018

Assalamu'alaikum,
Apa khabar?


Setelah hampir sebulan tak masuk blog dan buat entri baharu, hari ni berjaya kuatkan semangat untuk berbloging. Akhirnya, jumpa jalan pulang kembali ke tower. Hahaha! Kalau diikutkan, entri terakhir yang saya tulis adalah pada 9 November. Nak kata sibuk tu tak adalah sibuk sangat. Hujung-hujung tahun ni saya free je sebenarnya, tapi tak tahulah. Mungkin sebab saya kerap berada di luar, lunaskan urusan-urusan tertangguh. Then, si Yuri pula sakit sampai nak dekat dua minggu, automatik jadual tu lari.

Itu belum kira kali terakhir saya blogwalking lagi. Maaflah banyak-banyak kalau saya dah lama tidak jengah kalian. Bukan sombong tau! Memang tak sempat nak keep track dengan apa yang berlaku. Pada yang bertunang, berkahwin, sambut anniversary, sambut birthday dan apa-apa keraian sekalipun,... maaf jika saya tak sempat wish. Will catch up with you guys, later. Inshaa-Allah.