Terus - Simfoni feat. Ezad Lazim
Jumaat, April 23, 2021
Sudah dengar lagu terbaharu kumpulan Simfoni? Sebelum ini, lagu kumpulan Simfoni yang saya suka dengar ialah Talbiah yang dikeluarkan penghujung Julai tahun lalu. Lembut mendayu je menerjah indera dengar. Penyertaan mereka dalam Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI 2020) bersama Afad melalui lagu Rahsia Dari Langit pun best! Apabila tengok ada kolaborasi terbaharu Simfoni dengan Ezad Lazim, terus saya klik pautannya. Bertambah berminat untuk dengar lagu ini memandangkan lirik Terus ditulis oleh Ito Lara.
Apa yang cuba disampaikan melalui Terus sangat dekat dengan situasi semasa yang kita alami sekarang ini. Dengan pandemik yang melanda, banyak pihak yang terkesan. Ada yang hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan tidak dinafikan ramai yang kehidupan mereka berubah dan terpaksa bermula dari titik kosong demi meneruskan kelangsungan hidup. Perit mana pun, kita kena terus kuat tempuh kehidupan.
Antara bait lirik yang menjentik perasaan saya ialah:
Andai kepenatan kuasai diri
berehatlah tetapi bukan berhenti.

