Kembali Mencari Rentak
Jumaat, Mei 21, 2021
Assalamualaikum. Tajuk entri bukan main lagi, kan? Rentak-rentak bagai … rentak apa? Saya dan rutin senaman saya. Dua bulan belakangan ini memang malas berganda-ganda!
Sebenarnya, sebelum bulan puasa lagi dah banyak bolong aktiviti senaman saya. Lazimnya, setiap hari saya dapat log 15k steps, ini hendak cukupkan 7k pun bercinta. Ada sahaja alasan yang beri pada diri. 😊 Masuk bulan puasa lagilah bertambah perlahan aktiviti senaman saya.
Untuk pantau aktiviti fizikal harian, saya sertai Garmin Steps Challenge. Kita akan dikategorikan dalam kumpulan tertentu untuk capai target cabaran setiap minggu. Bayangkanlah, dahulu saya berada dalam kategori 100k steps tetapi disebabkan malas … dari minggu ke minggu turun kategori. 90k, 85k, 80k dan akhir sekali 55k.
55k seminggu? Ini level si Yuri punya steps kejar cicak je ni. Huhuhu atas kesedaran untuk terus jaga kesihatan, minggu lepas, saya kerah diri mula bersenam balik.
Result challenge minggu sudah. Boleh dikira satu pencapaian memuaskan 😊


