Kembali Mencari Rentak

Jumaat, Mei 21, 2021

Assalamualaikum. Tajuk entri bukan main lagi, kan? Rentak-rentak bagai … rentak apa? Saya dan rutin senaman saya. Dua bulan belakangan ini memang malas berganda-ganda! 

Sebenarnya, sebelum bulan puasa lagi dah banyak bolong aktiviti senaman saya. Lazimnya, setiap hari saya dapat log 15k steps, ini hendak cukupkan 7k pun bercinta. Ada sahaja alasan yang beri pada diri. 😊 Masuk bulan puasa lagilah bertambah perlahan aktiviti senaman saya.

Untuk pantau aktiviti fizikal harian, saya sertai Garmin Steps Challenge. Kita akan dikategorikan dalam kumpulan tertentu untuk capai target cabaran setiap minggu. Bayangkanlah, dahulu saya berada dalam kategori 100k steps tetapi disebabkan malas … dari minggu ke minggu turun kategori. 90k, 85k, 80k dan akhir sekali 55k. 

55k seminggu? Ini level si Yuri punya steps kejar cicak je ni. Huhuhu atas kesedaran untuk terus jaga kesihatan, minggu lepas, saya kerah diri mula bersenam balik.

Result challenge minggu sudah. Boleh dikira satu pencapaian memuaskan 😊 

Ketam Batu Tangkai Jering

Khamis, Mei 20, 2021

Assalamualaikum. 😊

Hari ini kita belajar perkataan baharu ya. Perkataan hari ini merupakan sebahagian daripada bahan ulang kaji Bahasa Inggeris untuk pelajar Tingkatan 2 saya. Topik Spending Money, jadi saya turut dedahkan mereka dengan perkataan-perkataan yang berkait dengan wang, perbelanjaan dan pengurusan wang. Sekadar aktiviti tambahan buat tambah -tambah kosa kata dan ajak mereka guna kamus.

Antara perkataan baharu yang dipelajari ialah:

Menang Contest #Luckyblog by AO

Rabu, Mei 19, 2021

Assalamualaikum. Selamat pagi, semua. Salam Syawal ke-7. Masih makan-makan raya lagi ke? Saya dah mula sibuk dengan kelas tuisyen online. Jadi, memang kebanyakan masa duduk depan komputer menghadap muka dan telatah comel anak-anak murid cilik saya. 😊 Selamat kembali bekerja. Selamat kembali meneruskan rutin biasa dan untuk anak-anak, selamat ber-PdPR.

Semalam semasa nak approve komen-komen di blog, saya baru perasan ada komen daripada Alien Oren (AO). AO maklumkan yang saya salah seorang pemenang untuk contest #luckyblog yang dianjurkannya.

Lihat entri pengumuman dan senarai pemenang di sini. 👇🏻


Peluang Jana Pendapatan Sampingan dengan Tinjauan Berbayar (Paid Surveys)

Selasa, Mei 18, 2021

Kalian suka tak jana pendapatan online dengan buat paid survey (kajian berbayar)? Maksud saya, kita libatkan diri dengan jawab atau lengkapkan kajian  di platform tertentu secara online, kumpul mata dan boleh tebus baucar atau wang tunai.

Dahulu saya memang rajin sertai kajian sebegini. Meriah juga mengumpul baucar tunai dan menabung dalam Paypal. Untung apa ... sambil-sambil bosan tak buat apa, tekan-tekan phone, lengkapkan survey ... dapat baucar, dapat duit lebih buat beli jajan. Tetapi, sekarang saya dah tak rajin sangat dah. Lagipun saya cuba kurangkan screen time saya. Kesian dekat mata. 😀

Meskipun tidak seaktif muda-muda dahulu buat paid surveys, saya masih menggunakan aplikasi Milieu. Pernah dengar tentang Milieu? Milieu ni, salah satu aplikasi online surveys juga cuma bagi saya tinjauan-tinjauan di Milieu lebih santai. Format tinjauan/kajiannya pun menarik. Tak complicated.


Biasanya dalam seminggu ada beberapa kajian yang boleh kita buat. Setiap kajian yang dilengkapkan akan diberi markah. Markah-markah perlu dikumpul terlebih dahulu sebelum kita layak menebus ganjaran seperti GrabRide, GrabFood, Decathlon, Shopee dan Lazada. Touch n Go e-wallet credit pun ada. 😊

Awal bulan lepas , saya tengok jumlah markah saya sudah melayakkan saya untuk tebus baucar. Yeayyy! Saya pilih baucar Shopee bernilai RM20. Lengkapkan proses penebusan, kemudian beberapa hari selepas itu, saya terima kod baucar saya melalui e-mel.