Kerabu Taugeh Kacang Botol
Selasa, Ogos 03, 2021
Kerabu taugeh kacang botol ini sebenarnya dah lama saya buat. Terperuk dalam draf. Hari ini kemas-kemas apa yang patut baru perasan ada beberapa entri resepi yang belum saya terbitkan lagi. Bagi penggemar kerabu atau urap, kalian akan suka hidangan ini. Dapat lauk kerabu sebegini, makan ratah begitu sahaja pun sedap! Kerangupan kacang botol dan taugeh segar memang akan buat suapan kita berulang.
Untuk kerabu ini, saya tidak menggunakan kerisik atau kelapa parut sangai. Sebaliknya, ramuan asas yang digunakan ialah ramuan untuk buat Sambal Matah Bali.
Lihat juga: Kerabu Jambu Batu
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3-5 biji bawang merah atau 1 labu bawang besar dihiris halus. Jika suka guna banyak bawang, boleh lebihkan sesuai selera.
- 5 ulas bawang putih dihiris halus.
- + 2.5 cm belacan.
- 2 batang serai dihiris halus.
- 5-7 helai daun limau, dibuang urat di tengah dan dihiris halus.
- Cili api segenggam kecil, dihiris halus.
- Segenggam taugeh
- Beberapa batang kacang botol, dihiris.
- 3-4 sudu besar minyak kelapa. Jika tiada, boleh sahaja digantikan dengan minyak canola, minyak bunga matahari atau minyak masak biasa.
- Garam secukup rasa jika perlu.