Terima Kasih, Shida Radzuan
Khamis, November 11, 2021
Tiada apa yang lebih menggembirakan ketika membuka peti surat daripada melihat surat tidak terduga yang tertera nama kita. Feeling dapat surat tu yang mahal hahaha! Jika tidak, peti surat saya lazimnya menjadi tempat untuk kumpul bil utiliti, statement bank adik-adik yang sampai sekarang tak tukar alamat, surat-surat jiran yang sesat dan risalah-risalah promosi sahaja.
Surat bersampul putih ini tidak dapat dipastikan bila tarikh sebenar saya terima kerana dua minggu belakangan ini saya jarang balik ke sini. Apabila lihat butiran yang tertera - GKK Fasa 3 Julai, Ogos, September 2021, terus dapat teka siapa penghantarnya. Makin lebar senyuman dan sengih saya.
Sampul istimewa ini daripada Shida Radzuan. Saya terima hadiah kerana berjaya menyelitkan diri sebagai salah seorang Geng Kuat Komen Blog Shida Radzuan untuk bulan Julai, Ogos dan September. Tak sangka betul!
Beberapa bulan yang lalu, saya tak sempat hendak blogwalking dan tinggal komen di blog teman-teman sangat. Jadi pengomen tegar memang jauh sekali. Dengan keadaan diri saya yang entah apa dipenatkan; dengan tekad yang konon hendak kurangkan screen time; dengan masalah tak boleh tinggal komen, komen hilang semua tu ... mood blogwalking pun hilang dibawa angin lalu. Cheh, alasan sangat! Tak mengapa, selepas ini panas enjin balik, perlahan-lahan saya akan datang lawat blog kalian semua.
Jom, kita tengok apa hadiah yang saya terima.