Beli Pelekat untuk Jurnal di Eco Shop
Khamis, November 18, 2021
Baru-baru ini, lalu depan kedai Eco terus menyinggah. Hajat hati nak beli biskut pisang Julie's. Dekat Eco je senang jumpa biskut tu. Disebabkan susah hendak cari parkir, saya suruh Bott tunggu di dalam kereta. Dengan yakin saya cakap yang saya tidak akan lama. Saya tahu di mana rak biskut - Masuk, ambil biskut, bayar, terus keluar.
Hmmm... sembang jelah. Ini semua temberang! Dah masuk penuhkan separuh troli dengan biskut, nampaklah pula barang-barang lain. Bawang goreng, Nabati, roselle kering, bunga kekwa kering, kuih bulan, kuih bulan, kuih bulan lagi... bagus ni beli extra. Biskut dan kuih bulan boleh buat stok pulangkan pinggan jiran atau belanja adik rider yang datang hantar barang.
Dari tingkat bawah, dengan rasa tak bersalah saya naik tingkat atas. Kebetulan kedai memang tiada orang sangat. Lengang. Terus tuju ke bahagian alat tulis dan kraf. Belek sana, belek sini, jumpa tiga barang di bawah ini buat tambah koleksi bahan-bahan hiasan kraf, jurnal dan kad ucapan buatan tangan. Punyalah saya gembira!