Baru-baru ini, lalu depan kedai Eco terus menyinggah. Hajat hati nak beli biskut pisang Julie's. Dekat Eco je senang jumpa biskut tu. Disebabkan susah hendak cari parkir, saya suruh Bott tunggu di dalam kereta. Dengan yakin saya cakap yang saya tidak akan lama. Saya tahu di mana rak biskut - Masuk, ambil biskut, bayar, terus keluar.
Hmmm... sembang jelah. Ini semua temberang! Dah masuk penuhkan separuh troli dengan biskut, nampaklah pula barang-barang lain. Bawang goreng, Nabati, roselle kering, bunga kekwa kering, kuih bulan, kuih bulan, kuih bulan lagi... bagus ni beli extra. Biskut dan kuih bulan boleh buat stok pulangkan pinggan jiran atau belanja adik rider yang datang hantar barang.
Dari tingkat bawah, dengan rasa tak bersalah saya naik tingkat atas. Kebetulan kedai memang tiada orang sangat. Lengang. Terus tuju ke bahagian alat tulis dan kraf. Belek sana, belek sini, jumpa tiga barang di bawah ini buat tambah koleksi bahan-bahan hiasan kraf, jurnal dan kad ucapan buatan tangan. Punyalah saya gembira!
- Dot stickers - Pelekat bulat berwarna-warni begini memang tidak asing bagi planner addicts dan orang yang buat journaling.
- Blackboard Label - Ini untuk projek kraf dan kad ucapan bertemakan vintage.
- Decorative tape - Comel sangat! Rugi kalau tak beli. 😂 Kalau di tempat lain, harganya dalam RM3.++.
wah..comei comei... leh la guna kat planner baru ni yer.. ehhh..
BalasPadamhik hik ... tergelak gedik sekejap di sini sebab dengar tang planner baru tu :D
Padamhahahaha kesian Bott! Kalau pergi kedai Eco menyinggah ke bracelet dulu lepastu wall deco. Cantik pulak pelekat bulat tu. Nanti nak beli lah
BalasPadamBahagian aksesori macam brooch, gelang tu pun selalu buat geram, kan? Akak dah balik, menyesal tak beli sticker ni lebih hahaha
Padammasuk eco suka terjah bahagian pen. hehehhe
BalasPadamIni memang kena terjah selalu hahaha
PadamSeronok shopping, terjah bahagian dekor, bahagian pelekat pun juga, cantik pelekat bulat berwarna pastel, kuih bulan ada ya di jual, bagus belanja abang rider.
BalasPadamAda, babYpose! Jika diikutkan ada banyak perasa tetapi di tempat saya ni cepat habis. Selalu tinggal kacang merah dan pandan sahaja.
PadamTak ada belanja mana... mereka selalu hantar barang waktu panas terik. Kasihan pula tengok. Jadi kita treatlah jajan dengan air sedikit :)
Dah masuk tu tak sah tak berlamaan. Bukan 1 barang tapi bermacam barang tersangkut dalam plastik :)
BalasPadamMemang takkan keluar satu barang je kan ha ha ha
PadamKesian Bott. Nasib baik pandai beli jiwa. Memang comel pelekat tu. Harga pun murah. Suka beli dot stickers masa keje event dulu. Senang nak label file
BalasPadamHahaha kena pandai beli jiwa. Kalau tak muncung mulut dia boleh ikat dengan tali.
PadamBetullah... untuk label file pun praktikal kan...
Colourful pelekat2 tu
BalasPadamKan... itu yang geram tengok tu.
Padam