Khamis, November 18, 2021

Beli Pelekat untuk Jurnal di Eco Shop

Baru-baru ini, lalu depan kedai Eco terus menyinggah. Hajat hati nak beli biskut pisang Julie's. Dekat Eco je senang jumpa biskut tu. Disebabkan susah hendak cari parkir, saya suruh Bott tunggu di dalam kereta. Dengan yakin saya cakap yang saya tidak akan lama. Saya tahu di mana rak biskut - Masuk, ambil biskut, bayar, terus keluar.

Hmmm... sembang jelah. Ini semua temberang! Dah masuk penuhkan separuh troli dengan biskut, nampaklah pula barang-barang lain. Bawang goreng, Nabati,  roselle kering, bunga kekwa kering, kuih bulan, kuih bulan, kuih bulan lagi... bagus ni beli extra. Biskut dan kuih bulan boleh buat stok  pulangkan pinggan jiran atau belanja adik rider yang datang hantar barang.

Dari tingkat bawah, dengan rasa tak bersalah saya naik tingkat atas. Kebetulan kedai memang tiada orang sangat. Lengang. Terus tuju ke bahagian alat tulis dan kraf. Belek sana, belek sini, jumpa tiga barang di bawah ini buat tambah koleksi bahan-bahan hiasan kraf, jurnal dan kad ucapan buatan tangan. Punyalah saya gembira!



  1. Dot stickers - Pelekat bulat berwarna-warni begini memang tidak asing bagi planner addicts dan orang yang buat journaling
  2. Blackboard Label - Ini untuk projek kraf dan kad ucapan bertemakan vintage
  3. Decorative tape - Comel sangat! Rugi kalau tak beli. 😂 Kalau di tempat lain, harganya dalam RM3.++.

Antara tiga, saya paling suka pek pelekat bulat.



Selain dijadikan hiasan tambahan pada halaman muka surat jurnal, pelekat-pelekat kecil ini sesuai sangat untuk mereka yang cenderung ke arah bullet journaling. Jadi penanda atau bullets untuk To Do List ke, To Buy List ke .... seperti contoh di bawah:





Menarik, kan? Tidak dapat kreditkan gambar kepada pemilik asal. Tak silap saya gambar ini dari katalog online, dikongsi ke group Whatsapp.

Bagi saya, RM2.10 untuk 4 lembaran panjang yang dipenuhi pelekat bulat pelbagai saiz dan tona warna memang sangat berbaloi! Pelekat di bahagian belakang cantik-cantik! Lembut warnanya. Boleh diolah untuk hasilkan kad atau tag hadiah juga ni.

Kesimpulannya, tak adanya istilah masuk Eco sekejap, beli satu dua barang! Nasib baik dapat beli jiwa Bott dengan jajan kegemaran dia. Lama member tu kena salai tunggu dalam kereta. 🤣

Kalian kalau masuk Eco, suka terjah bahagian mana dahulu?


14 ulasan:

  1. wah..comei comei... leh la guna kat planner baru ni yer.. ehhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hik hik ... tergelak gedik sekejap di sini sebab dengar tang planner baru tu :D

      Padam
  2. hahahaha kesian Bott! Kalau pergi kedai Eco menyinggah ke bracelet dulu lepastu wall deco. Cantik pulak pelekat bulat tu. Nanti nak beli lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahagian aksesori macam brooch, gelang tu pun selalu buat geram, kan? Akak dah balik, menyesal tak beli sticker ni lebih hahaha

      Padam
  3. masuk eco suka terjah bahagian pen. hehehhe

    BalasPadam
  4. Seronok shopping, terjah bahagian dekor, bahagian pelekat pun juga, cantik pelekat bulat berwarna pastel, kuih bulan ada ya di jual, bagus belanja abang rider.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, babYpose! Jika diikutkan ada banyak perasa tetapi di tempat saya ni cepat habis. Selalu tinggal kacang merah dan pandan sahaja.

      Tak ada belanja mana... mereka selalu hantar barang waktu panas terik. Kasihan pula tengok. Jadi kita treatlah jajan dengan air sedikit :)

      Padam
  5. Dah masuk tu tak sah tak berlamaan. Bukan 1 barang tapi bermacam barang tersangkut dalam plastik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang takkan keluar satu barang je kan ha ha ha

      Padam
  6. Kesian Bott. Nasib baik pandai beli jiwa. Memang comel pelekat tu. Harga pun murah. Suka beli dot stickers masa keje event dulu. Senang nak label file

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kena pandai beli jiwa. Kalau tak muncung mulut dia boleh ikat dengan tali.
      Betullah... untuk label file pun praktikal kan...

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.