Pagi Rabu untuk Ain

Rabu, November 24, 2021

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Dua tiga menjak ni tower saya sunyi sepi sebab saya balik kampung. Lama dah tidak pulang ke kampung arwah Babah. Setelah tu sambung cuti-cuti. 

Habis cuti, sambung pula dengan temujanji pemeriksaan kesihatan. Umur dah banyak, kenalah sedar diri. Minggu ini penuh dengan ujian ini ujian itu. Periksalah apa yang boleh diperiksa. 😊 


Pagi Rabu di klinik oftalmologi. Luangkan masa untuk periksa mata. Lambat sedikit temujanji saya kali ini. Pesakit pun boleh tahan ramai.

Menaip dengan keadaan tergesa-gesa ni sebab kedua-dua belah mata baru sahaja dititis dengan ubat titis untuk dilate urat mata sebelum doktor ‘teropong’. Kejap lagi urat mata dah kembang terus kabur tak nampak. 

Okey, jumpa nanti. Selamat menikmati pertengahan minggu!


Resepi Lempeng Kelapa yang Enak, Lembut dan Berlemak

Ahad, November 21, 2021

Sudah agak lama sebenarnya saya buat lempeng kelapa ini untuk hidangan sarapan. Lama peram dalam draf, baru sekarang terhegeh-hegeh buat entri. 

Orang utara panggil peknga nyoq. Saya suka sangat aroma lempeng kelapa yang membangkitkan selera. Wangi satu rumah. Kebetulan, beberapa hari sebelum itu saya masak sambal tumis ikan bilis dan masih berbaki. Terbayang-bayang keenakan lempeng kepala panas yang dicecah dengan sambal tumis. Tak boleh jadi! Memang kena melempenglah jawabnya.

Salah satu tips untuk menghasilkan lempeng kelapa yang enak berlemak adalah dengan menggunakan parutan kelapa sederhana muda. Orang panggil nyiur kulit hidup. Isinya lebih manis. Barulah kawww! Tetapi, masa tu hendak melempeng baru hendak dicari kepala parut muda .... lupakan sahaja. Pakailah kelapa parut biasa yang ada di dalam peti dingin beku. 

Lihat Cara Simpan Kelapa Parut di sini.


Selain itu, penggunaan air kelapa dan santan turut memainkan peranan supaya lempeng kelapa kita lebih enak. Tetapi, usah khuatir. Dua bahan ini sekadar ramuan tambahan. Kalau ada santan lebih di dalam peti sejuk tu bolehlah guna. Jika tiada, tak perlu pening kepala. Tanpa air kelapa dan santan pun lempeng tetap sedap. Kan kita sudah letak banyak kelapa parut. 

Inilah lempeng kelapa saya.

TIPS BELANJA - Kita Bayar Lebih Tanpa Kita Sedar Apabila...

Sabtu, November 20, 2021

Bayar untuk harga barang lebih daripada yang sepatutnya? Sebenarnya perkara ini kerap berlaku sama ada kita sedar ataupun tidak. Lagi-lagi kalau kita pergi beli belah di pasar raya besar.

"Bukan ke juruwang dekat pasar raya tu pakai alat pengimbas? Macam mana pula boleh kita terlebih bayar?"

Betul. Juruwang memang akan imbas harga barang ikut kod bar pada item-item yang kita beli. Tetapi, betulkah harga pada item tersebut? Itukah harga yang kita 'setuju' untuk bayar?


Photo by Oleg Magni from Pexels

Pertimbangkan situasi-situasi di bawah:

Situasi 1

Kita mahu beli ikan bilis. Terdapat empat hingga lima pilihan ikan bilis dengan julat harga yang berlainan. Kita pilih ikan bilis yang harganya di tengah-tengah. Tidak terlalu murah atau mahal. Kemudian, kita akan timbang ikan bilis yang kita ambil dan kod bar bercetak akan dilekatkan pada plastik.

Kord Gitar Mainan - Naim Daniel

Kord Gitar Mainan - Naim Daniel | Naskhah terbaharu daripada Naim Daniel, Mainan. Video klipnya boleh ditonton di Youtube. Pada sesetengah bahagian lagu ini, gubahan muziknya diadun dengan efek bunyi kotak muzik (music box). Jadi, ada keunikan sedikit di situ. 

Kord gitar Mainan di bawah bolehlah dianggap senang sebab sudah transposed ke versi lebih mudah. Tetapi ada F#m. Jangan bimbang. Kalau tak dapat mainkan F#m yang biasa (sukar untuk sempurnakan barre), google  cara nak main F#m yang paling mudah, ya. Di Youtube pun ada banyak tutorial yang tunjuk beberapa cara main F#m. Pilihlah mana yang sesuai dan selesa dengan jari.

Imej: Saluran Youtube World Peace Entertainment


Kord Gitar dan Lirik Lagu Mainan - Naim Daniel


[Intro]

Em D C B7


Em Am

Jangan kau tanyakan soal dia

D G

usah cuba ulangi

C F

kekejaman cinta kita yang dulu

B7

walau kau menyedari